,
Viral

Zoo Di China Buat Hal Lagi, Warnakan Anjing Menyerupai Panda

Awani
20/09/2024
15:23 MYT
Sebuah zoo di China akhirnya mengakui bahawa panda yang berada di situ sebenarnya adalah seekor anjing.

'Panda' menyalak

Ia susulan rakaman haiwan itu yang tular, menyebabkan ramai yang membuat spekulasi ia bukan panda sebenar.
Pengunjung memenuhi Zoo Shanwei di wilayah Guangdong timur China untuk melihat 'panda' seperti yang diiklankan tetapi kebingungan selepas haiwan itu mula mempamerkan ciri seekor anjing, termasuk menyalak.
Menghadapi tekanan orang ramai, pihak zoo pada mulanya cuba mendakwa haiwan itu adalah baka 'anjing panda' yang jarang ditemui.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya terpaksa mengakui bahawa ia adalah dua ekor anak anjing yang diwarnakan dengan warna hitam dan putih untuk menyerupai panda.

Dalam satu video yang tular, salah seekor 'panda' kelihatan tercungap-cungap semasa berehat dalam kandang, manakala satu lagi rakaman lain menunjukkan seekor panda berekor panjang.
Ini bukanlah kali pertama zoo di China mengelirukan pengunjung dengan dakwaan menempatkan panda sebenar.
Mei lalu, Zoo Taizhou di Wilayah Jiangsu dilaporkan mewarnakan dua ekor anjing baka Chow Chow bagi menyerupai panda.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

gempak
16/09/2024
00:50 MYT
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hiburan

Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."

gempak
13/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengakui terpaksa berkorban masa dengan keluarga apabila kembali menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian di China iaitu 'Singing With Legends' musim keenam.
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Hiburan

Diserang Anjing Rottweiler Ketika ‘Shooting’, Mia Nasir Syukur Tak Alami Kecederaan Serius - “Kalau Tanya Trauma Atau Tidak, Saya Akan Cakap…”

gempak
09/09/2024
04:25 MYT
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan pelakon Mia Nasir diserang seekor anjing rottweiler ketika sedang menjalani penggambar baru-baru ini menarik perhatian netizen.