,
Laman Utama

Zii Jia Mohon Maaf, Tapi Rakyat Malaysia Tetap Berikan Sokongan – “Tak Mengapa Wira Negara..."

Fiza Kamarudin
29/07/2021
22:26 MYT
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal menyumbangkan pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Zii Jia tumpas kepada pemenang pingat emas edisi Rio 2016, Chen Long dari China.
“Saya tahu ramai peminat sukan tanah air mengharapkan saya untuk menghadiahkan pingat pada Olimpik kali ini.
"Sekarang ini lockdown (sekatan pergerakan), ramai yang tidak boleh keluar atau pergi ke mana-mana, asyik tengok televisyen dan beri sokongan kepada kita (atlet negara).
“Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadiahkan pingat seperti diharapkan," katanya selepas perlawanan tersebut.
Sungguhpun tewas, tinjauan Gempak di laman sosial Instagram (IG) Zii Jia mendapati ruangan komen dihujani dengan kata-kata semangat daripada warganet.
“Jangan risau anda sudah lakukan yang terbaik di Olimpik pertama anda. Kembali dengan lebih kuat pada masa akan datang, okay? Jangan bersedih, kami bangga dengan anda!,” tulis pengguna laman sosial OneTwoZeee.
“Permainan yang baik, kami bangga dengan anda,” tulis Amirirfun.
“Lee Zia Jia, anda sudah melakukan yang terbaik. Sending love from home, Malaysia. Perjalanan anda masih jauh, kami sentiasa menyokong anda. Terima kasih di atas kerja keras dan semangat malam ini. Remember, we will always with you!! We proud of you!!,” kata Nrshareena.
Pada aksi di Musashino Forest Sport Plaza, Zii Jia tumpas kepada juara bertahan Chen Long meskipun pada awalnya mempamerkan rentak permainan yang bertenaga.
Zii Jia bermula cemerlang di set pertama dengan kemenangan 21-8, namun tumpas 19-21 di set kedua sebelum hilang tumpuan pada set penentuan apabila kecundang 5-21.
Tambah pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu lagi, pada perlawanan tersebut, hanya pengalaman yang membezakan beliau dengan pemain China yang berada di ranking keenam dunia itu.
"Pada set pertama, saya menguasai keseluruhan permainan. Tetapi pada set kedua, saya banyak membuang mata dan cuba mengejar untuk mendapatkan mata bagi meraih kemenangan penting itu tetapi gagal.
"Bermula set ketiga, saya hilang fokus. Dalam situasi itu, Chen Long dengan pengalamannya dapat mengawal keadaan. Banyak lagi yang perlu saya belajar," katanya.
Zii Jia, bagaimanapun berkata kekalahan itu bukan penamat kepada kariernya, sebaliknya beliau akan bangkit untuk meraih kejayaan demi kejayaan pada kejohanan akan datang.
"Tidak perlu fikir banyak. Saya tidak menyesal, tiada alasan...seperti yang saya katakan, ini Olimpik pertama saya, dan saya perlu banyak berusaha dan benar-benar bersedia pada kejohanan-kejohanan akan datang," katanya.
Sumber: BERNAMA & Instagram Lee Zii Jia Foto: Taipeitimes.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ryan Bakery Tak Nak Main Badminton Lagi Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara…

gempak
24/10/2024
11:20 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Luangkan Masa Bermain Badminton Bersama Keluarga, Aprena Manrose Dah Buka Tudung?

gempak
24/10/2024
10:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Story, Aprena atau nama lengkapnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, dilihat hanya mengenakan t-shirt lengan pendek dan bandana berwarna putih.
Sukan

Badminton, Terjun Digugurkan Pada Sukan Komanwel 2026

gempak
22/10/2024
18:55 MYT
Badminton yang merupakan antara penyumbang pingat untuk negara di Sukan Komanwel telah digugurkan daripada temasya tersebut yang akan diadakan di Glasgow, Scotland pada 23 Julai sehingga 2 Ogos 2026.
Viral

Jaguh Badminton Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

gempak
22/10/2024
05:30 MYT
Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
Sukan

Sze Fei-Nur Izzuddin Cipta Magis, Juara Terbuka Artik

gempak
13/10/2024
22:45 MYT
Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bergelar juara Kejohanan Badminton Terbuka Artik apabila bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan beregu pilihan kedua dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen, di Vantaa pada Ahad.
Unitar