gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bonda Rozita Beri Teguran Perangai Anak Muda Kerap Merajuk - “Tak Suka Mak Bebel, Sikit-Sikit Sentap”
HIBURAN
Pempengaruh Perjelas Syada Amzah Bukan ‘Si Polan’ Yang Cuba Pecah Belahkan Rumah Tangga - “Saya Mohon Maaf Atas Nama Kawan Baik Saya…”
HIBURAN
Sheila Majid Sambut 40 Tahun Perjalanan Dalam Industri Dengan Single Moving On - “Tak Ikut Trend, Saya Kejar Jiwa”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Aliff Syukri Dikejarkan Ke Hospital Akibat Reaksi Alergi Teruk - "Saya Pening, Susah Bernafas"

Amri Hassan
Amri Hassan
31/07/2025
07:54 MYT
Sponsor Banner
Aliff Syukri Dikejarkan Ke Hospital Akibat Reaksi Alergi Teruk - "Saya Pening, Susah Bernafas"
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan di hospital selepas mengalami reaksi alahan kronik yang mengakibatkan kegatalan melampau dan kemerahan pada seluruh badan yang difahamkan boleh berisiko mengancam nyawa.
Aliff, 38, atau nama sebenarnya Aliff Syukri bin Kamarzaman, memaklumkan bahawa gejala yang dialami sejak dua hari lalu semakin memburuk sehingga menyebabkan pening kepala dan kesukaran bernafas.
“Saya terasa pening dan susah bernafas. Badan gatal-gatal, mula-mula sikit lepas itu satu badan jadi kemerah-merahan,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Suami kepada bekas penyanyi nasyid, Datin Nur Shahida Mohd. Rashid, itu turut berkongsi beberapa video keadaannya sepanjang menerima rawatan.
Menurutnya, pada awalnya dia menyangka ia hanya masalah kulit biasa namun, selepas menerima saranan daripada pengikut media sosial, Aliff segera mendapatkan rawatan lanjut.
“Pengikut saya suruh pergi hospital, lepas sesi ‘live’ saya terus ke klinik dan kena cucuk. Keadaan tak surut, keesokannya pergi lagi klinik, selepas itu baru saya pergi hospital,” jelasnya.
Difahamkan, reaksi alahan kronik seperti ini dikenali sebagai Anaphylaxis, sejenis tindak balas alergi teruk yang boleh berlaku secara mendadak dan membawa risiko kematian sekiranya tidak dirawat segera.
Keadaan tersebut boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat, tekanan darah menurun secara drastik dan dalam kes kritikal, boleh meragut nyawa.
Sebelum dikejarkan ke hospital, Aliff mengalami kegatalan luar biasa serta kemunculan tompok-tompok merah pada seluruh badan, hingga menjejaskan rutin hariannya termasuk ketika sedang bersiaran langsung.
Topic Berkaitan
#Viral
#hospital
#Aliff Syukri
#Alergik
#Gatal
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement