gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bonda Rozita Beri Teguran Perangai Anak Muda Kerap Merajuk - “Tak Suka Mak Bebel, Sikit-Sikit Sentap”
HIBURAN
Pempengaruh Perjelas Syada Amzah Bukan ‘Si Polan’ Yang Cuba Pecah Belahkan Rumah Tangga - “Saya Mohon Maaf Atas Nama Kawan Baik Saya…”
HIBURAN
Sheila Majid Sambut 40 Tahun Perjalanan Dalam Industri Dengan Single Moving On - “Tak Ikut Trend, Saya Kejar Jiwa”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Agy Bongkar Luka Lama, Tangan Kebas Lalui Sesi 'Melepaskan Botol' - "Selama Ini Saya Banyak Simpan Sendiri"

Amri Hassan
Amri Hassan
31/07/2025
07:54 MYT
Sponsor Banner
Agy Bongkar Luka Lama, Tangan Kebas Lalui Sesi 'Melepaskan Botol' - "Selama Ini Saya Banyak Simpan Sendiri"
Usia 30 tahun menjadi titik refleksi penting buat penyanyi dan personaliti media sosial, Muhammad Affizy Mohd Khairy atau lebih dikenali sebagai Agy, apabila dia akhirnya memilih untuk berdamai dengan masa lalu dan membuka ruang penyembuhan buat dirinya selepas bertahun-tahun bergelut dengan tekanan emosi yang tidak pernah dikongsi secara terbuka.
Bermula sebagai figura media yang sering menjadi perhatian, Agy mengakui dia tidak terlepas daripada kecaman dan sindiran netizen yang sentiasa menilai setiap langkahnya dalam industri hiburan.
Namun, apa yang ramai tidak tahu, pengalaman itu pernah membuatkan dia hampir kehilangan semangat.
“Saya pernah terfikir, kenapa ada orang tak suka saya, walaupun saya tak kacau sesiapa. Sampai satu tahap, saya rasa mungkin saya tak cukup bagus untuk teruskan dalam industri ini,” katanya.
Agy tidak menafikan bahawa di awal kemunculannya, hatinya mudah terluka dengan komen-komen negatif. Namun, lama-kelamaan, Agy belajar untuk menjadi lebih kuat dan menyedari bahawa penerimaan orang bukan sesuatu yang boleh dipaksa.
Bagi Agy, perkara paling penting ialah kepercayaan terhadap diri sendiri serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada keluarganya terutamanya ibu bapa, keluarga terdekat dan bapa saudaranya (Pak Long) yang sentiasa menjadi tulang belakang meskipun turut menerima tempias apabila namanya terpalit dalam kontroversi atau kecaman dalam talian.
“Saya kesian pada keluarga. Mereka tak pernah salah, tapi nama mereka terpalit sama bila saya dikritik. Tapi mereka tetap ada di belakang saya, tanpa syarat,” ujarnya lagi.
Mengimbau zaman persekolahan, Agy berkongsi bahawa dia bukan pelajar yang menonjol semasa di sekolah rendah. Dia tidak pernah meraih pencapaian membanggakan, malah sering merasa terpinggir.
Hanya apabila melangkah ke sekolah menengah, barulah dia mula mengenali potensi dirinya dan lebih berani keluar dari kepompong sunyi.
Namun begitu, pengalaman-pengalaman yang disangka telah berlalu itu rupa-rupanya masih hidup dalam dirinya. Beban emosi yang dipendam terlalu lama membentuk luka jiwa yang tidak sembuh dengan sendiri.
Setelah sekian lama menyimpan segalanya sendiri, Agy akhirnya mengambil langkah berani dengan menyertai sesi penyembuhan khas bersama Dr. Hisham Dzakiria, atau lebih dikenali sebagai Dr. Healing, seorang pakar pembangunan insan dan jurulatih penyembuhan yang dikenali dalam kalangan mereka yang pernah bergelut dengan trauma, tekanan dan cabaran hidup.
Sesi penyembuhan yang berlangsung di Ascott, Kuala Lumpur itu menjadi ruang buat Agy berdepan dengan sisi dirinya yang sebenar sisi yang sering disembunyikan di sebalik senyuman dan keyakinan di hadapan khalayak ramai.
“Selama ini, saya banyak simpan semuanya sendiri. Saya jarang menangis depan orang,” katanya.
Salah satu pendekatan yang digunakan dalam sesi tersebut ialah teknik simbolik yang dinamakan ‘melepaskan botol’, di mana Agy diberikan sebotol air dan diminta untuk memegang serta memindahkan segala beban emosi ke dalam botol tersebut.
Ia dilakukan dalam suasana reflektif dan penuh tumpuan sebagai satu bentuk pelepasan sedar terhadap trauma atau perasaan yang selama ini tidak pernah diluahkan.
Agy menggambarkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang luar biasa. Tangannya menjadi kebas sepanjang proses tersebut, namun dalam masa yang sama dia merasai kelegaan yang tidak pernah dialami sebelum ini.
Sesi bersama Dr. Healing bukan sahaja membuka matanya terhadap proses penyembuhan, malah mengajarnya bahawa tidak salah untuk mengakui kelemahan dan tidak perlu sentiasa berpura-pura kuat di hadapan orang lain.
“Saya selalu tunjuk sisi kuat di luar, sebab tak nak orang tahu saya pernah luka. Tapi sampai bila? Saya pun manusia,” katanya yang kini lebih terbuka terhadap proses mengenal dan memahami diri.
Dengan semangat baharu, Agy kini melihat kehidupan dari perspektif yang lebih matang dan tenang. Dia masih aktif dalam dunia seni dan sedang merancang beberapa projek baharu sepanjang tahun ini, termasuk pelancaran single terbarunya yang berjudul “Jadi Aku”.
Lagu tersebut, jelas Agy, amat dekat dengan jiwanya kerana menggambarkan proses penerimaan diri dan pendamaian dengan siapa dirinya yang sebenar.
“Jadi Aku bukan sekadar lagu, ia cermin perasaan saya yang sebenar. Lirik dia tentang keinginan untuk difahami, tentang luka, tentang kekuatan yang lahir dari keikhlasan. Saya harap bila orang dengar, mereka akan rasa sesuatu,” katanya.
Di akhir temu bual, Agy berharap agar langkah baharu yang diambil ini akan membuka jalan kepada masyarakat untuk terus menyokong perjalanan seninya.
“Saya tak minta semua orang suka saya. Tapi kalau ada yang sudi terus sokong, saya hargai sangat. Saya akan terus belajar jadi lebih baik, bukan saja dalam kerjaya, tapi juga sebagai individu,” katanya penuh harapan.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Terapi
#Healing
#Agy
#Dr Healing
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement