,
Hiburan

Zhafvlog Bergaduh Dengan Netizen Gara-Gara Filem The Experts?

Umirah Halim
06/06/2024
11:30 MYT
Pengulas filem bebas, Zhafvlog berdebat demgan seorang individu setelah ulasannya mengenai filem The Expert dikritik.

Komen netizen

Menerusi akaun X, dapat dilihat Zhaf membidas individu yang dikenali sebagai Abang Riak.
“Tengok kat tiktok Abang riak duk review tak best pun cerita ni (The Experts) biasa biasa je Zhaf,” komen seorang netizen.
“Riak tu acah je lebih, sembang punya kencang jumpa depan-depan takut…pffttt
"Taste riak tu tah pape je,” balas Zhaf.
Berita Trending: RTM Memilih Untuk Tangguh Tayangan Drama Pelakon Bermasalah
Beberapa minit selepas itu, hantaran yang dibuat oleh Zhaf mendapat perhatian oleh individu yang menggunakan akaun Abang Riak.
“Ahhh sembang cakap aku takut. Haritu jumpa tengok citer Amah nak tanah kubur pun nangis teresak lap air mata pakai tshirt. Nampak sangat dah hilang jati diri ‘bekeng’ sebelum ni,” tulisnya.
Berita Trending: “Kalau Nak Pergi, Pergilah Nanti Saya Akan Menyusul” - Isteri Kongsi Detik Terakhir Bersama Pyanhabib
Sementara itu, Abang Riak juga dilihat mengkritik hantaran yang dibuat oleh Zhaf.
“Mana ada best sangat. Filem popcorn je ni,” tulisnya.
Berita Trending: #PrayForFatimah: Ibu Fatimah The Family UK Kongsi Fenomena Pelik Sejam Sebelum Prosedur Biopsi - "Mungkin Semuanya Hanyalah Kebetulan..."
“Camni la orang kita, filem The Experts tu punya best pun ko kata biasa-biasa. Macam mana la nak maju filem tempatan,” balas Zhaf.
Untuk info, The Experts' diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.
'The Experts' menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.
Berita Trending: Jenazah Pyanhabib Selamat Dikebumi, Lebih 200 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir
Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama? Saksikan The Experts.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air.
Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Berita Trending: Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih Perhatian Warganet - "Keluarga Ini Sedang Berjuang Berdamai Dengan…
Berita Trending: Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN - “Mohon Sama-Sama Dipermudahkan Urusan”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.