gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Demi Sebuah Karya ‘Agung’ Melly Goeslaw, Misha Omar Nekad Untuk…
HIBURAN
Viviana Lin, Wanita Iban Pertama Dinobatkan Sebagai Miss Grand Malaysia 2025
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Zuana Pertaruh Genre Klasik Di Minggu Separuh Akhir
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Pempengaruh Dakwa Rumah Tangga Diganggu Bekas Hijab Stylist Selebriti Terkenal - “Ajak Suami Aku Masuk Bilik”

Gempak
Gempak
31/07/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Pempengaruh Dakwa Rumah Tangga Diganggu Bekas Hijab Stylist Selebriti Terkenal - “Ajak Suami Aku Masuk Bilik”
Rumah tangga pempengaruh media sosial, Elcah didakwa berdepan gangguan daripada seorang wanita yang disifatkan cuba menggoda suaminya, Hafizzuddin Hamri atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Elcah menerusi beberapa hantaran di platform Threads, baru-baru ini.
“Memang tak malu ke ajak suami orang datang rumah kau, lepas tu peluk-peluk suami aku, lepas tu nak ajak masuk bilik.
“And I’m not there, but someone telling me the sund*l ni punya perangai,” katanya.
Dalam hantaran sama, Elcah turut mendakwa wanita berkenaan sebelum ini dipercayai pernah bangga mengaitkan dirinya dengan pelakon, Fattah Amin.
“Dah la bangga cerita dekat semua orang kau dengan Fattah Amin. Euw,” tambah Elcah.
Identiti wanita tersebut bagaimanapun tidak disebut secara jelas.
Namun, ketika disoal oleh netizen mengenai identiti wanita yang dimaksudkan, Elcah memberi bayangan individu terbabit mendakwa pernah terkait dengan perceraian pasangan selebriti terkenal.
“Yang bangga menyund*l dengan Fattah Amin (pelakon).
“Cuba Google siapa yang dikaitkan dengan perceraian Fattah dan Fazura. You will know ☕️,” tulisnya.
Meskipun kesemua perkongsian itu telah dipadam, namun beberapa pengguna sempat memuat naik semula tangkap layar di platform Threads.
Sementara itu, suami Elcah, Afi menerusi Instagram Story turut membuat beberapa dakwaan susulan, termasuk berkongsi satu tangkap layar dipercayai akaun wanita yang didakwa terlibat.
“Ni laa dia PA Fazura or ex PA Fazura. Siap mengaku dia lah punca Fattah dan Fazura cerai. Kau nak try aku tak dapat, pastu kau buruk-burukkan bini aku siap suruh tinggal dan cerai bini aku,” tulisnya.
Setakat ini, tiada sebarang maklum balas diberikan oleh individu yang dikaitkan berhubung dakwaan terbabit.
Sehingga kini juga, Gempak masih mencuba untuk menemu bual Elcah yang masih belum bersedia untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.
Untuk rekod, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha telah mendirikan rumah tangga dengan Afi pada Januari lalu dan perkahwinan ini merupakan yang ketiga buat dirinya.
Sumber: Thread
Topic Berkaitan
#Hijab
#Rumah tangga
#Stylist
#Ganggu
#Elcah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement