gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Viviana Lin, Wanita Iban Pertama Dinobatkan Sebagai Miss Grand Malaysia 2025
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Zuana Pertaruh Genre Klasik Di Minggu Separuh Akhir
BERITA
Lelaki 'Jual' Teman Wanita 17 Kali Demi Biayai Majlis Kahwin
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Imbasan X-ray Gigi Nampak Jarum, Doktor Ingat Zara Zya Pakai Susuk - “Dari Elok Pasang Lagu Sheila On 7, Terus Tukar Zikir”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
31/07/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Imbasan X-ray Gigi Nampak Jarum, Doktor Ingat Zara Zya Pakai Susuk - “Dari Elok Pasang Lagu Sheila On 7, Terus Tukar Zikir”
Pelakon Zara Zya berkongsi momen ‘lucu’ ketika dia membuat imbasan X-ray di sebuah klinik sekitar beberapa tahun lalu.
Zara memberitahu doktor menyangkakan dia memakai susuk gara-gara pin prosedur pembedahan dahulu tertanam pada bahagian pipi.
“Tengah kemas galeri, terjumpa gambar X-ray masa saya buat pemeriksaan gigi beberapa tahun lalu. Nampak tak sesuatu kat bawah pipi tu?
“Beria-ia doktor suruh staf semua keluar bilik dan dia pun mulalah susun ayat untuk bertanya pada saya.
“Dia bisik, ‘dulu ada pakai susuk ke?’. Pening saya fikir, bila pula saya buat benda tu?,” katanya dalam perkongsian Threads.
Menurut Zara, doktor pada mulanya berasa was-was untuk mempercayainya selepas menjelaskan pin yang tertanam di bahagian itu memang daripada pembedahan sebelum ini.
“Saya cakap pada dia itu adalah jarum atau pin sebab saya dahulu buat pembedahan dari pipi ke leher.
“Tetapi, selepas saya dah jelaskan pun dia macam antara nak percaya atau tak,” ujarnya.
Tambahnya lagi, pada waktu itu doktor berkenaan juga bercerita pengalaman beliau pernah berdepan pesakit lain yang mengaku memakai susuk.
Malah apa yang mencuit hati Zara apabila doktor tersebut terus menukar lagu Sheila On 7 kepada zikir kerana mungkin beranggapan dirinya adalah hantu.
“Paling kelakar, dari elok dia pasang lagu Sheila On 7, terus tukar zikir. Ingat saya hantu ke?” katanya berseloroh.
Sejak beberapa tahun lalu keadaan kesihatan aktres terbabit terjejas berikutan dua sindrom yang mengakibatkan bahagian leher dan belakangnya sakit.
Zara pernah mendedahkan mempunyai masalah Cervical Facet Syndrome atau sindrom sendi faset leher iaitu punca paling biasa bagi kesakitan leher.
Sendi faset merupakan sendi kecil pada bahagian belakang (aspek posterior) tulang belakang dan mudah terdedah kepada kecederaan dan keradangan.
Beliau sudah menjalani pembedahan membuang beberapa ketumbuhan serta rawatan bagi memulihkan kesakitan yang dihidapi itu sekitar tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Zara Zya
#Doktor
#Gigi
#Susuk
#Jarum
#Imbasan xray
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement