gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Pernah Shooting Bersama, Kak KM Sebelahi Anna Jobling, Dia Memang Budak Baik” - Kak KM
VIRAL
Zara Qairina Alami Kecederaan Otak Teruk
HIBURAN
Bantu Amir Raja Lawak, Zizan Mahu Jadi Inspirasi Bukan Riyak - “Saya Takut Sebenarnya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Zara Qairina Alami Kecederaan Otak Teruk

Gempak
Gempak
13/08/2025
22:50 MYT
Sponsor Banner
Zara Qairina Alami Kecederaan Otak Teruk
Pasukan petugas khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengesahkan dapatan siasatan kematian Zara Qairina adalah selari dengan diagnosis awal pada 17 Julai lalu.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kecederaan yang ditemui pada tubuh mangsa adalah konsisten dengan penemuan sebelum ini iaitu kecederaan yang dialami akibat kerosakan otak.
“Dapatan ini diperoleh hasil bedah siasat pada 10 Ogos lalu yang dikendalikan tiga doktor pakar forensik terdiri dari Pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor dibantu dua lagi doktor Hospital Queen Elizabath.
“Kita mendapati punca kematian adalah konsisten dengan diagnosis awal bahawa punca kematian adalah disebabkan kecederaan otak traumatik yang teruk dengan ensefalopati Hypoxic-ischemic,”katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sementara itu, Kumar berkata, seramai 124 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah sedang menjalani proses intervensi bagi memulihkan semula keyakinan mereka susulan kematian Zara Qairina.
Kumar berkata, selain daripada siasatan, pihak polis turut mengambil pendekatan proaktif membabitkan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ menjalankan intervensi kepada pelajar sekolah terbabit.
“Kesemua pelajar yang kita kesan ini mengalami truama akibat insiden tersebut dan sedang menjalani proses intervensi.
“Intervensi ini adalah satu proses digunakan elemen psikiatri dan sebagainya untuk memulihkan keyakinan supaya tahap keyakinan kembali dan perkara seperti ini tidak berlaku lagi,” jelasnya. – MalaysiaGazette
Topic Berkaitan
#Viral
#Cedera
#Sabah
#Otak
#Pegawai
#Zara Qairina
#JSJ
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement