,
Laman Utama

Zainal Abidin Dedah Status Rumah Tangga Dengan Fyna Jebat - “Pergi Makan, Berjumpa Untuk…”

Asyikin Mayudin
22/08/2023
04:15 MYT
Sebelum ini tular video dipercayai bekas jurulatih bola sepak Liga Super Malaysia, Datuk Zainal Abidin keluar makan bersama bekas isteri keduanya iaitu penyanyi Fyna Jebat.
Zainal akhirnya tampil mengakui dia sememangnya ada berjumpa dan keluar makan bersama Fyna untuk berbincang beberapa masalah yang berbangkit antara mereka.
“Memamg itu saya… saya jumpa bekas isteri kedua. Pergi makan, berjumpa untuk menyelesaikan beberapa masalah,” kata Zainal Abidin.
Zainal memberi penjelasan tersebut selepas ditanya oleh pengacara program Nindia Bola yang bersiaran menerusi saluran Astro Arena pada Isnin.
Dalam pada itu, Zainal turut mengesahkan hubungan rumah tangga dia dengan adik kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat itu sudah berakhir secara baik.
“Memang kita dah berpisah, dengan cara berdamai,” jelasnya lagi.
Terdahulu, kisah Zainal dan Fyna menjadi hangat apabila mereka dikatakan berkahwin secara rahsia pada Januari lalu namun tidak mendedahkan butiran lanjut kepada umum.
Fyna ketika menyertai sebuah program hiburan pada Januari lalu mengesahkan status perkahwinan mereka kepada media.
Difahamkan perkahwinan Zainal dan Fyna hanya bertahan hampir empat bulan dan berita perceraian pasangan itu mula diperkatakan awal Mei lalu.
Zainal sudah mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Datin Zalina Zaini selama 43 tahun sejak 1980 dan bahagia dengan tiga orang cahaya mata hasil daripada perkongsian hidup itu.
BACA SINI: Selepas Dikhabarkan Bercerai, 3 Bulan Fyna Tak Hubungi Ayda Jebat - "Dia Dalam Tempoh Bertenang"
BACA SINI: Tiada Persefahaman Dengan Madu, Saudara Sahkan Fyna Jebat Dah Cerai Dua Minggu
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Jumpa Di Akhirat Nanti” - Tak Pernah Putuskan Hubungan, Zainal Abidin Akui Dengar Khabar Angin Anak Nikah

gempak
19/08/2024
07:55 MYT
Penyanyi Datuk Zainal Abidin mengakui dia ada terdengar desas-desus mengenai anak perempuannya iaitu Timur Gabriel sudah mendirikan rumah tangga dan menetap di Jerman.
Hiburan

Zainal Abidin Harap Penganjur Muzik Festival Peka Soal Agama, Elak Pakaian Menjolok Mata - “Kita Negara Islam..”

gempak
17/08/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Datuk Zainal Abidin Menakai penganjuran festival muzik tempatan terbaik bagi merancakkan industri seni hiburan.
Laman Utama

Fyna Jebat Potong Rambut Pendek, Bukan Sebab Sedih Lepas Cerai Tapi ... - "Saya Gembira Dengan Kehidupan Sekarang"

gempak
06/11/2023
07:50 MYT
Fyna masih bersahabat dengan bekas suami
Laman Utama

“Awak Suruh Orang Meniduri Saya Beramai-Ramai…” - Bekas Menantu Zainal Abidin

gempak
21/09/2023
23:55 MYT
Perkongsian Sofia menjadi tular di TikTok.
Laman Utama

“Peminat Sekarang Kurang Ajar & Bodoh” - Zainal Abidin

gempak
04/09/2023
10:20 MYT
Kenapa Zainal Abidin berkata macam tu?