gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Mungkin Kembali Bersama, Hafiz Suip Kongsi Punca Bercerai Dengan Bekas Isteri - “Kami Berdua Dah Cuba Tapi…”
HIBURAN
Elliza Razak Dedah Minat Nine Sejak Remaja, Netizen Harap Ada Jodoh - “Doa Yang Baik-Baik”
BERITA
Kerajaan Diarah Bayar RM1.1 Juta Kepada Ibu Model Belanda, Ivana Smit
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Farid Kamil Dah ‘Move On’, Setahun Tiada Komunikasi Dengan Diana Danielle - “Saya Tak Tahu Nak Komen Apa Tapi…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
29/07/2025
04:34 MYT
Sponsor Banner
Farid Kamil Dah ‘Move On’, Setahun Tiada Komunikasi Dengan Diana Danielle - “Saya Tak Tahu Nak Komen Apa Tapi…”
Pelakon, Farid Kamil enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan bekas isterinya, Diana Danielle yang menyatakan kehilangan ‘sahabat baik’ dalam perkahwinannya merupakan titik terendah dalam kehidupannya.
Jelas Farid dia kini sudah lupakan kisah lama itu dan sedang membina kehidupan yang baharu.
“Saya tak tahu nak komen apa tapi saya ada lagu, telah ku coba tuk berikan bunga (menyanyi).
“Kami membesarkan anak-anak dengan baik kerana itu adalah matlamat kami sekarang. Tapi kami tiada komunikasi sudah hampir setahun.
“I'm growing older, no moving on but I'm growing older and wiser,”katanya kepada Gempak.
Meskipun sudah tiada komunikasi bersama bekas isteri, Farid atau Farid Kamil Zahari tetap menjaga hubungan baiknya bersama anak-anak.
Menurut pelakon Legenda Budak Setan itu, dia banyak berhubung dengan kedua-dua anaknya, Mohammad dan Arora.
“Apa lagi saya nak jawab sebab semua sudah terjawab sudah hampir setahun kalau kita tak move foward dengan kehidupan kita perubahan masa itu lebih pantas and no turning back.
“Zaman sekarang budak-budak ada handphone mereka sendiri, jadi komunikasi bukan macam dulu lagi. Muhammad dan Arora ada handphone masing-masing jadi tiada breakdown communication cuma apa orang kata In a different world and different space of time,” tambahnya.
Sekadar info, baru-baru ini Pelakon Diana Danielle mengakui kehilangan bapa dan mengetahui ibunya menghidap kanser ketika usianya 12 tahun antara pengalaman perit dalam hidupnya.
Bagaimanapun Diana menganggapan kehilangan ‘sahabat baik’ dalam perkahwinannya merupakan titik terendah dalam kehidupannya.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Farid dan Diana berdepan masalah rumah tangga dan mereka bercerai kali pertama secara Google Meet pada 10 Ogos 2023.

Pasangan itu kemudian kembali rujuk namun sekali lagi rumah tangga bergolak dan disah bercerai talak satu buat kali kedua pada 23 Mac lalu

Topic Berkaitan
#Diana Danielle
#Farid Kamil
#Move On
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement