gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Mungkin Kembali Bersama, Hafiz Suip Kongsi Punca Bercerai Dengan Bekas Isteri - “Kami Berdua Dah Cuba Tapi…”
HIBURAN
Elliza Razak Dedah Minat Nine Sejak Remaja, Netizen Harap Ada Jodoh - “Doa Yang Baik-Baik”
BERITA
Kerajaan Diarah Bayar RM1.1 Juta Kepada Ibu Model Belanda, Ivana Smit
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Kalau Tak Nak Kena Saman Sampai RM2,000 Jangan Buat 9 Kesalahan Ini Di Jalan Raya

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
29/07/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Kalau Tak Nak Kena Saman Sampai RM2,000 Jangan Buat 9 Kesalahan Ini Di Jalan Raya

Mungkin ada segelintir rakyat Malaysia rasa ‘biasalah’ kalau langgar peraturan jalan raya.

Bagaimanapun, tahukah anda ada kesalahan yang nampak mudah tapi sebenarnya boleh buat anda ‘terduduk’ bila kena saman sampai RM2,000
Undang-undang jalan raya kat Malaysia bukan sekadar untuk ‘menakut-nakutkan’ pemandu sahaja tapi ia memang penting untuk menjaga keselamatan semua pengguna jalan, termasuklah anda dan keluarga.

Gempak senaraikan 9 kesalahan trafik paling ‘common’ tapi boleh buat anda rugi besar kalau tak ambil peduli.

1. Guna Telefon Bimbit Ketika Memandu - Denda RM1,000

Jangan buat main dengan telefon masa drive! Tak kisahlah tengah check WhatsApp atau scroll TikTok, kalau kena tahan memang confirm kena saman sampai RM1,000. Nak selamat, guna hands-free atau berhenti tepi jalan dulu.

2. Berhenti Melepasi Garisan Putih Di Lampu Isyarat - Denda RM2,000

Ramai tak perasan, tapi berhenti sampai ‘masuk’ ke kotak lampu isyarat tu satu kesalahan serius. Ia boleh membahayakan pejalan kaki dan kenderaan lain. Dendanya? Sampai RM2,000!

3. Parking Di Garisan Kuning - Denda RM2,000

Nampak macam ‘alah kejap je’, tapi parking atas garisan kuning bukan saja menyusahkan trafik, tapi juga satu kesalahan yang boleh buat anda kena kompaun RM2,000. Sanggup?

4. Ekori Kereta Terlalu Dekat (Tailgating) - Denda RM1,000

Sikap tak sabar ni bukan je bahaya, tapi boleh kena saman juga. Kalau anda ‘terlampau rapat’ dengan kereta depan, especially masa highway, anda boleh dikenakan denda RM1,000!

5. U-Turn Di Tempat Tak Sepatutnya - Denda RM150

Tak jumpa simpang? Jangan sesuka hati U-turn di tempat larangan. Selain membahayakan pengguna jalan lain, anda juga boleh dikenakan denda sebanyak RM150.

6. Tak Pakai Tali Pinggang Keledar - Denda RM350

Simple tapi ramai masih ambil ringan. Tak kira driver atau penumpang, pakai seatbelt atau anda boleh kena saman RM350. Nyawa anda lebih penting, kan?

7. Guna Lorong Kecemasan - Denda RM300

Lorong kecemasan bukan untuk ‘potong queue’ masa trafik jem ya. Itu khas untuk ambulans, bomba dan polis. Kalau kantoi guna lorong ni sesuka hati, RM300 melayang.

8. Pandu Melebihi Had Laju - Denda RM300

Speeding bukan hanya bahaya untuk nyawa, tapi juga dompet anda. Kena speed trap je, terus dapat surat cinta bernilai RM300.

9. Langgar Lampu Merah - Denda RM300

Satu lagi kesalahan yang sangat serius. Jangan fikir boleh ‘redah’ lampu kuning jadi merah kalau tertangkap, RM300 minimum kena bayar. Dan kalau eksiden? Lagi parah.

Topic Berkaitan
#saman
#Trafik
#Kesalahan Jalan Raya
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement