,
Laman Utama

YouTuber Terkaya Dunia, Mr Beast Dakwa Diajak Naik Kapal Selam Titan: “Tak Boleh Bayangkan…”

Maliah Surip
26/06/2023
06:40 MYT
Tragedi meletupnya kapal selam Titan dari OceanGate yang membawa lima pelancong melihat rangka kapal persiaran mewah Titanic di Lautan Atlantik masih menjadi pemberitaan dunia.
Terkini, YouTuber terkaya dunia, Mr Beast mendakwa sempat dijemput menjadi ‘tetamu’ yang ikut melakukan ekspedisi tersebut, awal bulan ini.
Pengakuan tersebut dibuat menerusi ciapan Twitter miliknya pada Ahad.
“Saya telah diajak untuk menaiki kapal selam Titan. Saya menolaknya,” tulis Mr Beast.
Dia juga mengaku tidak dapat membayangkan keadaan dirinya jika bersetuju untuk turut serta dalam ekspedisi tersebut.
“Tak boleh bayangkan. Agak menakutkan jika saya di situ,” katanya ringkas.
Mr Beast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson, 25, dianggarkan memiliki kekayaan sehingga $500 juta.
Terdahulu media massa melaporkan lima penumpang termasuk pilot kapal selam tersebut yang juga merupakan CEO OceanGate, Stockton Rush terbunuh bersama Shahzada Dawood, anaknya Suleman Dawood, Hamish Harding dan Paul-Henri Nargeolet selepas Titan hilang dan dilaporkan meletup beberapa ratus meter daripada Titanic.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.