,
Laman Utama

Yonnyboii Lancar Album ‘YONNY (DELUXE VERSION)’ – “Ada Yang Pelik Saya Berani Keluar Album Masa Pandemik…”

Fiza Kamarudin
08/10/2021
12:04 MYT
Selepas melancarkan album mini hujung tahu lalu, penyanyi lagu Sakit, Yonnyboii melancarkan album penuh berjudul Yonny (Deluxe Version), hari ini.
Album tersebut menghimpunkan sembilan karya dari album mini terdahulu selain dua lagu baharu sebagai trek bonus, iaitu Tak Sangka dan Angel.
Ditanya mengenai keberanian tampil dengan album di era pandemik COVID-19, Yonny berkata ia bukan sesuatu yang pelik.
“Sebenarnya saya sendiri tak sangka dapat melancarkan album mini dan seterusnya album penuh pada era pandemik.
“Bagi saya ia bukan sesuatu yang pelik pun, malah di saat ini muzik kekal jadi terapi buat kita semua. Ramai yang terus mendengar muzik, selain menonton pelbagai medium hiburan.
"Saya tak kisah melawan arus. Jika ada artis yang berkira kira nak lancarkan album, kenapa tidak saya melakukannya. Saya selesa mencabar diri melawan arus kebiasaan.
“Selama ini pun saya sering dilihat 'unik'. Sekurang kurangnya saya ada kenangan melancarkan album pada waktu sebegini," katanya.
Tambah Yonny, biarpun perlu menunggu tiga tahun untuk muncul dengan album penuh, itu tidak pernah melunturkan semangatnya.
"Saya percaya penantian itu sangat berbaloi. Tak perlu tergesa gesa. Andai tiba waktunya, pasti kesempatan itu akan 'mendarat'.
“Jujur sejak awalan fasa pembabitan seni lagi, saya mendambakan album penuh. Tapi saya ikut saja peredaran masa dan kesesuaian yang mana lagu single demi single dilancarkan,” katanya.
Dalam pada itu, Yonny turut menyatakan hasrat untuk muncul dengan sebuah konsert berskala besar.
“Kerinduan nak buat persembahan dengan khayalak ramai hingga kini terus membuak buak. Tapi semua itu masih samar dengan keadaan kes harian COVID-19 yang turun naik.
“Jadi saya kini merapatkan diri dengan komuniti atau peminat muzik dengan menghasilkan kandungan kreatif dalam laman sosial.
“Saya kena anggap rakam persembahan di rumah atau secara virtual seperti membuat persembahan pentas kerana impian mengadakan konsert belum menjadi kenyataan.
“Besar harapan saya agar keinginan itu direalisasikan. Malah saya membayangkan konsert itu nanti 'diiringi' peminat yang turut sama menyanyi setiap bait lirik lagu Yonnyboii," katanya.
YONNY (DELUXE VERSION) boleh didengarkan di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME? Klik banner di bawah ya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Ini Salah Faham, Video Itu Wife Hanya Repost” - Yonnyboii

gempak
08/10/2023
05:55 MYT
Harap semua dah jelas ya.
Laman Utama

"Selagi Mak Dan Suami Benarkan..." - Isteri YonnyBoii Mohon Netizen Henti Kecam Pakaian Seksi

gempak
03/10/2023
07:55 MYT
Nik Nazira memohon orang ramai agar tidak menjadikan pemakaiannya sebagai bahan cacian.
Hiburan

IG Dah Kosong, Kenapa Dengan Yonnyboii?

gempak
07/09/2023
08:26 MYT
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja semua gambar pada akaun Instagram milik penyanyi, rapper dan komposer Yonnyboii hilang.
Laman Utama

“Baby Kai Telah Pun Selamat Dilahirkan” - Yonnyboii & Isteri Timang Cahaya Mata Lelaki Sulung

gempak
20/07/2023
02:42 MYT
Alhamdulillah tahniah Yonny & isteri.
Laman Utama

"Barang Baby Ada Dalam Kereta Dan..."-Yonnyboii Tunggu Hari Timang Baby Boy!

gempak
15/07/2023
03:45 MYT
Yonnyboii kata dah ada nama untuk anak!