,
Berita

YB Gaya Poyo Tapi 'Killer' Yang Bagus, Planet Mawi Raih Kejutan

Elrafaei Sapi
20/08/2018
07:59 MYT
Penyanyi popular, Mawi yang tampil dengan program sendiri berkonsepkan bual bicara dikenali sebagai Planet Mawi, tanpa disangka meraih sambutan memberangsangkan daripada penonton.
Akuinya, maklum balas positif diterima penonton adalah suatu yang amat bermakna buat dirinya yang baru mencuba pertama kali program sendiri yang menggunakan platform Facebook Live.
Penyampai radio Zayan ini juga menyatakan dia terharu dengan sokongan penonton selepas episod pertama yang disiarkan pada minggu lalu mencatat 'rating' sebanyak 11,321 tontonan.
Menariknya, episod kedua pula yang disiarkan pada Jumaat lalu memberi kejutan dengan rekod 16,369 tontonan.
Dalam episod kali ini, program yang dihoskan Mawi sendiri bersama rakan penyampainya, Anas Tahir menjemput penyanyi Najwa Latif bersama pemain bolasepak terkenal, Safee Sali ke studio.
Mawi mengakui gandingan tetamu jemputan kali ini bersama Anas yang popular dengan gelaran YB (bermaksud Yang Beria) cukup menghiburkan.
"Sama ada Safee mahupun Najwa, keduanya memang seronok bila bersembang dalam episod kali ini.
"Walaupun penonton komen YB dengan gaya poyo tapi dia memang 'killer' yang bagus," katanya kepada Astro Gempak.
Jelasnya, masih banyak kelemahan program ini yang boleh diperbaiki sebaik membuat 'post-mortem' selepas setiap episod berakhir.
"Saya percaya penonton suka dengan konsep program ini yang santai, sempoi dan tidak merepek.
"Sebagai contoh dalam episod kedua ini, kami berkongsi cara sembelih haiwan seperti Aidiladha yang semakin hampir dan tidak sangka, ramai yang suka menontonnya," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @5afee & Planet Mawi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Safee Sali Bangga Muncul Di IG Rasmi FIFA World Cup – “Walaupun Server Hanya Untuk Malaysia…”

gempak
25/08/2024
10:30 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali meluahkan rasa bangga apabila nama dan gambarnya dimuatnaik oleh akaun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) World Cup, baru-baru ini.
Sukan

“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid

gempak
08/05/2024
08:55 MYT
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Hiburan

Didakwa Tabur Fitnah Dekat Bekas Isteri Oleh Kakak Kandung Sendiri, Ini Respons Safee Sali!

gempak
08/04/2024
10:00 MYT
Didakwa menabur fitnah terhadap bekas isteri, Fitria Elfina Maharip, 44, dalam isu penjagaan anak oleh kakak kandung sendiri, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali tampil memberi penjelasan berhubung permasalahan tersebut. Safee Sali ketika ditemui Gempak menjelaskan bahawa kakaknya, Normalayati, 53, sepatutnya tidak campur tangan dal
Viral

Dilabel Terima Kifarah Kena Cerai Dengan Safee Sali, Fitria Elfina: “Tak Apalah, Orang Yang Tahu…”

gempak
26/03/2024
10:18 MYT
Pergolakan isu rumah tangga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dengan bekas isteri,, Fitria Elfina berakhir apabila pasangan tersebut sah bercerai.
Sukan

“Untung Beckham Dapat Jumpa Idola Legend Malaysia” - Ini Antara Reaksi Peminat Bila David Beckham Turunkan Autograf Pada Baju Safee Sali

gempak
02/02/2024
13:55 MYT
Dari seorang legenda kepada legenda, bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali, mendapat peluang secara eksklusif untuk bertemu David Beckham di ibu kota pada Khamis