,
Laman Utama

Wow! Kopratasa 'Renew' Lagu Raya Pertama Yang Pernah Dicipta Di Dunia! Hasilnya ...

Amri Hassan
06/05/2021
01:52 MYT
Membaharukan sesebuah lagu lama bukanlah sesuatu yang baru dan ianya juga bukanlah mudah. Pelbagai sebab kenapa sesebuah lagu lama itu diperbaharukan semula.
KOPRATASA – turut menambahkan khazanah lagu-lagu hari raya tanahair apabila mereka merakamkan semula lagu Selamat Hari Raya yang dipercayai adalah lagu hari raya terawal di negara kita.
Kopratasa merasakan lagu lama mempunyai nilai sejarah tersendiri.
Inilah juga terdapat dengan lagu Selamat Hari Raya ciptaan Tengku Ali Basha @ Cik Ara Bangsawan. Lagu ini dipercayai lagu raya pertama untuk umat melayu di Nusantara dan juga dunia amnya. Lagu yang dicipta pada tahun 1936 ini, telah membuka sejarah pada sambutan hari raya pada zamannya. Kopratasa merasakan adalah sangat rugi jika lagu ini dibiarkan lenyap ditelan zaman.
Berdasarkan kepada perpatah ‘ Yang buruk ( lama ) diperbaharui, Yang usang dikajangi’ , Kopratasa merasakan merakamkan semula lagu tersebut merupakan satu aktiviti melestarikan satu khazanah lama untuk tatapan semula generasi terkini.
Kopratasa telah mencadangkan kepada pihak Luncai Emas untuk merakam semula lagu ini.
Persetujuan dicapai dan syarikat telah memberi kepercayaan kepada Hanafi Spider sebagai produser dan kerja menyusun semula muzik lagu ini. Manakala Kopratasa menambah sedikit melodi baru di bahagian korus lagu ini dan menyanyikan dengan cara Kopratasa sendiri.
Biarpun rakaman semula lagu raya tersebut terdapat tambahan melodi, ia bukanlah bertujuan merosakkan lagu tersebut, tapi bertujuan memeriahkan lagi melodi tersebut untuk menepati konsep bergembira dihari raya. Namun inovasi melodi tersebut tidak menganggu nilai asal lagu tersebut. Melodi asal tetap dijaga, senikatanya pun tetap dipakai seperti yang asal. Ini menjadikan lagu ini lebih catchy’. Hasilnya menarik!
Kesemua rakaman di buat di Studio Ronggeng, Luncai Emas dengan pemuzik undangan - Tony Iskandar (bass), Mohar (seruling) dan Hanafi Spider sendiri. Mastering dibuat oleh Hafiz Studio.
Kopratasa sangat berharap dengan lagu ini dapat diterima dan memberi sesuatu yang unik sempena sambutan Aidilfitri tahun 2021 ini. Setelah lama ketiga-tiga ahli kumpulan ini membawa haluan masing masing. Mereka kembali dengan projek istimewa ini dibawah payung Luncai Emas Sdn Bhd untuk peminat, sahabat dan juga rakan-rakan mereka yang sentiasa memberi dorongan untuk mereka terus berkarya .
Single ini juga telah menjalani penggambaran video muziknya pada awal Ramadan lalu. Kesemua penggambaran dibuat di dalam studio dan persekitaran pejabat Luncai Emas sendiri memandangkan kita masih lagi dalam fasa pemulihan PKP akibat wabak pandemik Covid-19 ini.
Video muzik ini diarahkan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik – Juril Jumali yang banyak mengarahkan video muzik beberapa penyanyi popular sebelum ini dan sudah pun berada di saluran youtube Luncai Emas . Antaranya video muzik Mus May - Mencari Kaseh , Nash, One Nation Emcee Ft Dato’ Jeffrydin – Debaran Rindu
Luncai Emas juga turut bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes mulai 9 Mei ini.
Semoga lagu nafas baru SELAMAT HARI RAYA oleh Kopratasa ini dapat mengubat kerinduan peminat-peminat Kopratasa dan menarik perhatian generasi baru juga dalam kemeriahan kita menyambut kehadiran Syawal pada tahun ini dalam suasana norma baharu hidup ini !
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lagu Viral Sampai Luar Negara, De Fam Kongsi Cerita Di Sebalik Single Alamak Raya Lagi!

gempak
10/04/2024
05:55 MYT
Berjaya mencipta fenomena dengan lagu raya berjudul Alamak Raya Lagi! kumpulan De Fam mengakui tidak menjangkakan single terbaharu mereka itu tular sehingga ke luar negara dan menjadi trend terkenal di aplikasi TikTok. Menurut De Fam yang dianggotai oleh Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis, lagu tersebut sebenarnya dicipta berdasarkan Ra
Hiburan

Ini Rutin Unik Abid & Amin Ketika Berhari Raya - “Selalu Kalau Naik Kereta Kita Pasang Lagu Raya, Tapi…”

gempak
09/04/2024
02:55 MYT
Pasangan kembar Abid dan Amin berkongsi cara berhari raya yang telah menjadi tradisi mereka adik beradik bersama keluarga.
Hiburan

Isu Lagu Raya Aliff Syukri, PU Syed Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

gempak
02/04/2024
08:00 MYT
Pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Syed beri teguran kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Alif Syukri susulan perkongsian di sebalik tabir muzik video klip raya nya yang masih mengenakan pakaian baju melayu ketat.
Viral

Amin Idris Gesa Boikot Lagu Aliff Syukri - “Dah Tiba Masa Kita Ajar Dia”

gempak
02/04/2024
05:55 MYT
Susulan penularan video sedutan lagu raya usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri yang disifatkan sebagai mencemari kemuliaan bulan Ramadan, penceramah motivasi dan pengacara, Amin Idris tampil memuat naik hantaran memberi pandangan berkaitan isu tersebut menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam entri yang dibuat, Amin meluahkan rasa kurang
Hiburan

Search Rakam Lagu Raya Pertama, Sujud Aidilfitri Simbolik Muhasabah Diri, Renung Khilaf

gempak
01/04/2024
12:27 MYT
Sujud Aidilfitri menjadi karya Aidilfitri ulung yang akhirnya diterbitkan Search sempena merayakan bulan penuh berbahagia ini.