Berita

Warga Emas Rogol Anak Selama 22 Tahun Ditangkap

gempak
Maliah Surip
13/12/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Warga Emas Rogol Anak Selama 22 Tahun Ditangkap
Bukan setahun dua tapi seorang warga emas tergamak merogol anak kandungnya selama 22 tahun sehingga pernah melahirkan anak.
Selama ini suspek yang dikenali sebagai M, 60 tahun hidup bebas meski seluruh keluarga mengetahui perbuatan jahatnya itu. Keluarga tidak pernah melaporkan M kepada pihak berkuasa kerana diugut bunuh.
Namun mangsa akhirnya baru-baru ini mengambil keputusan nekad melaporkan M kepada pihak polis kerana tidak tahan lagi menjadi mangsa rogol bapa sendiri.
Menerusi laporan Detik.com, kejadian berlaku di Empat Lawang, wilayah Lubuklinggau, Indonesia.
M telah merogol anaknya sejak tahun 2002. Mangsa sempat hamil dan melahirkan anak kerana dirogol pada 2006 sebelum bayi tersebut diberikan kepada orang lain.
“Keluarga tahu mangsa dirogol dan melahirkan anak bapanya sendiri tapi tidak membuat laporan kerana diancam bunuh,” ujar pihak berkuasa seperti dilaporkan portal tersebut.
Mangsa kemudian sempat berkahwin dan terselamat selepas berpindah mengikut suami. Namun jodohnya tidak panjang dan bercerai.
Wanita malang itu pulang semula ke rumah keluarga pada Oktober 2024 dan sejak itu kembali menjadi mangsa rogol bapanya.
“Walaupun menolak dia tetap dirogol dan M memukul isterinya setiap kali mangsa tidak dapat melakukan perbuatan keji itu menjadikan anaknya terpaksa merelakan diri diratah lelaki tersebut.
“Sehingga akhirnya mangsa tidak dapat bertahan dan melaporkan M kepada polis,” ujar wakil pihak berkuasa lagi.
M kini ditahan dan polis sedang menyiasat sekiranya ada mangsa lain terlibat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024