,
Laman Utama

Warga Emas Merangkak Naik Tangga Tanpa Dibantu Undang Sebak! - “Aku Tak Boleh Tengok Benda Macam Ni…”

Izwan Isa
24/03/2022
22:50 MYT
Sebuah video TikTok yang menampilkan seorang individu dipercayai warga emas yang mengalami kesukaran untuk menaiki tangga di sebuah pasaraya viral sehingga menyorot perhatian netizen.
Menerusi video yang dirakam dari dalam sebuah kenderaan itu, kelihatan warga emas berkenaan berjalan perlahan sambil terhincut-hincut.
@iz_zuan89 kasih ibu membawa ke syurga #ibu #syurga #kasihibu ♬ bunyi asal - Ridzuan abd rashid
Warga emas itu kemudiannya merangkak untuk naik ke atas tangga dan sebelum masuk ke pintu utama pasaraya tersebut.
Dalam video yang sama, kedengaran suara mengatakan bahawa warga emas itu datang bersama keluarga. Namun, keluarganya masuk terlebih dahulu dan meninggalkannya di belakang.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata melahirkan rasa simpati terhadap warga emas berkenaan di samping menyatakan rasa sedih mengenangkan kepayahannya untuk bergerak.
“Ya Allah, kalau lah itu mak aku… aku mesti pimpin dia. Hargailah mak korang selagi masih ada. Orang yang tiada mak ni sedih, tahu tak tengok macam ni,” kongsi seorang pengguna TikTok.
“Lain kali tak payah bawa mak kalau tak boleh pimpin,” ulas seorang netizen pula.
“Kalau aku yang dalam kereta ni, aku tak tengok je. Aku keluar pergi tolong mak cik tu. Dengan tongkat takda. Kesian tengok mak cik tu jalan. Naik tangga pun susah dah,” luah seorang lagi netizen.
“Aku tak boleh tengok benda macam ni, sedih,” satu lagi komen yang ditinggalkan oleh netizen.
Namun, ada juga yang menyatakan ketidakberanian untuk menghakimi seseorang hanya berdasarkan daripada rakaman video.
“Aku tak berani nak judge dari video pendek ni. Kot mak cik tu memang keluar seorang tak bagitau anak dia,” ulas wargamaya.
“Macam mana boleh tahu kat depan tu anak-anak dia? Tanya seorang lagi pengguna TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hiburan

Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”

gempak
12/09/2024
05:55 MYT
Susulan penceraian mengejut beberapa bulan lalu, timbul pelbagai spekulasi tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.
Viral

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

gempak
11/09/2024
01:55 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Terkini

Rakam Video Pelajar Perempuan, Pemandu Bas Atau 'Abang Bunga' DiCekup Polis

gempak
06/09/2024
03:02 MYT
Pemandu bas sekolah berusia 24 tahun yang memuatnaik rakaman video penumpang murid sekolah rendah ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.