gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ini Adalah Drama Perjuangan Wanita Paling Ikonik! Yang Terakhir Itu Paling Epik
BERITA
Sooka Rai Ulang Tahun Ke Empat Dengan Pelbagai Tawaran Eksklusif & Fungsi Baharu Untuk Pelanggan
VIRAL
Bintang YouTube Popular Palsukan Kematian Hanya Untuk…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Sooka Rai Ulang Tahun Ke Empat Dengan Pelbagai Tawaran Eksklusif & Fungsi Baharu Untuk Pelanggan

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
05/07/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Sooka Rai Ulang Tahun Ke Empat Dengan Pelbagai Tawaran Eksklusif & Fungsi Baharu Untuk Pelanggan
Perkhidmatan penstriman terkemuka di Malaysia, sooka telah menyambut ulang tahun ke-empat dengan pelbagai pengumuman yang menarik termasuklah penambahbaikan teknologi, ganjaran buat pelanggan dan tawaran terhad.
Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukan Sooka sebagai salah satu platform hiburan yang paling pantas di Malaysia.
Antara penambahbaikan utama sejak awal tahun ini termasuk pembaharuan aplikasi dengan prestasi keseluruhan 2x lebih pantas, sooka TV Stick yang dinaik taraf – kini dengan kandungan sukan 4K UHD – serta kandungan dan navigasi yang diperibadikan.
Kesemua ini menyediakan pengalaman tontonan yang lebih lancar, pantas dan intuitif. sooka juga telah memperkenalkan chatbot berasaskan AI untuk sokongan pelanggan yang pantas, serta Panduan Program Elektronik (EPG) dan tab dinamik yang akan diperkenalkan di semua platform dalam beberapa minggu akan datang untuk memudahkan navigasi saluran langsung dan kandungan VOD.
Menurut Pengarah Sooka, Chu Young Lee berkata:
“Perjalanan kami sepanjang empat tahun ini amat bermakna. Kami telah membina sebuah platform yang meraikan kandungan Asia dan siaran langsung sukan sambil mengadaptasi teknologi penstriman terkini.
“Komitmen kami adalah untuk menghubungkan rakyat Malaysia melalui hiburan sukan dan Asia yang mudah diakses oleh semua. Kami amat berterima kasih kepada para peminat yang memilih sooka sebagai aplikasi hiburan pilihan mereka. Dalam rancangan masa hadapan sooka, kami akan terus menumpukan usaha untuk menawarkan perkhidmatan penstriman yang membanggakan rakyat Malaysia,” katanya.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, sooka menawarkan pelbagai ganjaran ulang tahun sehingga 31 Julai 2025. Pelanggan baharu boleh menikmati akses percuma selama 10 hari kepada pelan Sports & Entertainment dengan kod promosi HBDSOOKA.
Semua pengguna juga berpeluang memenangi sebuah Smart TV LG 86” 4K UHD atau sooka TV Stick setiap hari selama 30 hari.
Tambahan itu, sooka TV Stick (harga pasaran: RM349) kini boleh didapati secara percuma dengan pembelian pelan enam bulan sooka.
Premium pada harga RM249. Tawaran Beli 1 Percuma 1 untuk pas tahunan juga boleh didapati di laman web sooka (https://sooka.my/) bermula 25 Jun 2025 untuk masa yang terhad, memberikan akses selama 24 bulan pada harga bermula dari RM149.
Layari sooka.my atau ikuti sooka di media sosial untuk maklumat lanjut.
Selain itu, dalam beberapa bulan akan datang, sooka akan mengumumkan kerjasama dan penawaran bersama dengan syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan utama untuk memberi nilai tambahan kepada pelanggan.
Usaha ini merupakan sebahagian daripada misi sooka untuk menjadikan platform ini lebih mudah diakses dan memperkukuh kedudukannya dalam landskap hiburan digital negara.
sooka ada kesemuanya! Muat turun aplikasi sooka di Apple App Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan di semua platform Smart TV utama.
Untuk maklumat lanjut tentang sooka dan sooka TV Stick, sila layari https://sooka.my/m/tv-stick.
Topic Berkaitan
#Tawaran
#Tahun
#Ulang
#Baharu
#sooka
#Hebat
#fungsi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement