HIBURAN
Sekolah Saran Belajar Sambil Menjerit & Menari Untuk Cerdaskan Minda
Sebilangan sekolah menengah di China mengundang perhatian orang ramai apabila mengusulkan pelajar untuk belajar sambil menari atau menjerit bagi mencerdaskan minda, lapor laman berita South China Morning Post.
Dilakukan waktu pagi, ambil masa 30 minit
Rakaman video mengenainya menunjukkan seorang pelajar menggoyangkan badan dan melambaikan tangan sambil membaca buku teks.Sebilangan pelajar di sekolah lain pula belajar sambil berdiri.
Malah, ada antara mereka berdiri sambil melaungkan teks atau membaca dengan nada yang kuat.
Aktiviti itu dilakukan pada waktu pagi dan mengambil masa kira-kira 30 minit.
Menurut pihak sekolah yang menyarankan kaedah pembelajaran tersebut, cara sedemikian berkesan untuk meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar, mencerdaskan fizikal serta mental di samping memupuk kemahiran membaca.
Sumber: Kosmo Online
Must-Watch Video