gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Dari Fesyen Ke Fairway! Pereka Fesyen Duo Farel & Jonathan Tubuh Persatuan Golf Sendiri, Anjur Glam Golf Fun Swing
GAYA HIDUP
The Experts: 5 Tanda Awal Buah Pinggang Bermasalah, Ramai Tak Sedar Tubuh Sedang “Menjerit”
HIBURAN
Syed Saddiq Komited Derma 100 Peratus Bayaran Kempen Produk Wawa Untuk Rakyat Muar - "Niat Saya Untuk Kebajikan"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Wanita Nafi Terlibat Penipuan Pelaburan Emas, Dakwa Difitnah

Amri Hassan
Amri Hassan
20/07/2025
11:59 MYT
Sponsor Banner
Wanita Nafi Terlibat Penipuan Pelaburan Emas, Dakwa Difitnah
Seorang pesara wanita, Wan Aziah binti Abdul Rahim menafikan dakwaan terlibat dalam skandal penipuan jutaan ringgit seperti yang sedang tular di media sosial.
Menurut Wan Aziah, 71, tuduhan yang dilemparkan oleh individu bernama Zahid Arifin adalah tidak berasas dan merupakan fitnah yang mencemarkan nama baik dirinya serta keluarga.Sehingga gambar cucu saya keluarga saya anak anak saya yang tak bersalah pun diviralkan oleh beliau.
“Dia menuduh saya scam dia scam org diluar sana,anak perempuan saya yaya pula dikaitkan sebagai scammer bersama suaminya Afique yang kononnya menipu anak lelaki saya yang OKU. Malah, video-video yang tular itu adalah rakaman lama yang telah diubah suai bagi meraih simpati netizen,” jelasnya.
Wan Aziah yang pernah berkhidmat selama 45 tahun sebagai pengurus di sebuah syarikat Jepun menegaskan isu jual beli gold bar yang dibangkitkan adalah rekaan semata-mata.
Tambahnya, semua video yang pernah tular, termasuk rakaman melibatkan dirinya dan menantunya Muhammad Afique bin Ab Mahat, telahpun ditarik balik dan diselesaikan secara damai.
Malah, turut mengesahkan hubungan dengan anak dan menantunya kini kembali pulih.Hasutan oleh orang yang tak bertanggung jawab ini lah yang memecah belah kan keluarga kami dan fitnah dari beliau sendiri. Sanggup memburukan keluarga kami semata mata nak menjatuhkan reputasi saya sekeluarga.
“Video saya ke rumah besan juga telah diedit semata-mata untuk menimbulkan salah faham. Sekarang kami sekeluarga sudah berbaik semula. Saya berharap orang ramai tidak mudah percaya dengan cerita sebelah pihak,” ujarnya.
Wan Aziah turut menyeru orang ramai agar tidak membuat penilaian berdasarkan emosi semata-mata, sebaliknya menilai berdasarkan fakta.
“Cukuplah sebarkan kebencian tanpa bukti,” katanya.
Terdahulu, Zahid Arifin juga dilaporkan menyebarkan pelbagai dakwaan terhadap beberapa keluarga lain, mencetuskan salah faham dan keresahan awam.
Tindakannya itu disifatkan bermotif peribadi dan bertujuan meraih simpati di media sosial.
Topic Berkaitan
#Tipu
#Fitnah
#Pelaburan
#Scam
#Emas
#Pesara
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement