,
Laman Utama

"Walau I Free Hair, Tak Bermakna I Jahat... I Boleh Bertaubat Bila Tiba Masanya" - Farra Inalis

Amri Hassan
12/06/2022
21:55 MYT
Isteri kepada pempengaruh dan penyanyi rap Caprice, Farra Inalis menyifatkan cacian maki dan komen bukan-bukan dari netizen sebahagian daripada keuntungan dalam pemasarannya.
Tidak meminta untuk dikecam, kata Farra yang juga usahawan produk tempatan, individu yang sentiasa menulis komen yang negatif punyai penyakit hati!
"Nak puaskan hati manusia? Sampai kiamat pun memang tak mampu. Kenapa saya nak melenting kalau orang caci maki atau nak komen bukan-bukan, sedangkan mereka sedang memberi manfaat dekat saya tanpa mereka sedar.
"Viral, buatkan I lagi tambah followers and lonjakkan sales I. Untung free marketing, bukan I minta. Mereka sendiri yang sukarela nak tolong.
"Sanggup komen macam-macam untuk puaskan hati sendiri walaupun tak pernah kenal I, inilah dinamakan manusia yang ada penyakit hati," katanya.
Farra atau mesra disapa Elis tampil menjawab soalan netizen yang bertanyakan tip untuk kekal tenang ketika teruk dikecam oleh pengguna media sosial.
Tambah Elis, urusan dosa dan pahala adalah urusannya dengan Yang Maha Esa.
"Walupun I free hair tak bermakna I jahat... I berdosa urusan I dengan Allah, I boleh minta maaf dan bertaubat bila tiba masanya.
"I dengan suami itu urusan antara kami, tak perlu nak tolong remind me 'kesian suami tanggung dosa'.
"Helloo, he known who his marriage with. Korang sesama manusia tak berhak nak menghukum, pilihan masing-masing.
"For me, all those negative comments i anggap mungkin mak cik or pak cik bawang need attention atau nak tumpang glamour kat komen, biarkanlah… kesian hidup sunyi sangat, tak ada benda best kan?
"Mungkin dengan fitnah atau hina orang boleh buat dia rasa bahagia.
"I busy tak sempat nak baca semua, kalau terbaca pun buat tersenyum sorang-sorang.. I takkan delete pun komen-komen tu tetap kat situ tunggu anak cucu bawang-bawang tu sendiri yang baca.
"Baru dia kenal keturunan dia perangai macam mana," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Unitar