BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Rampas Kedudukan Pertama! Daniel Sher Puas Hati Dapat Tunjuk Bakat Main Gitar Elektrik - “Saya Cuba Cari Versi…”
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Daniel Sher meluahkan rasa puas hati selepas berjaya memberikan persembahan terbaik sekaligus menduduki tempat pertama pada minggu separuh akhir.
Jelas Daniel, dia mengakui amat meminati bermain gitar elektrik kerana itu merupakan bakat terpendam yang dirinya ingin tonjolkan.
“Untuk minggu separuh akhir, saya memang sangat-sangat berpuas hati. Lagu ‘Aku Skandal’ ini memang saya dah lama praktis dengan solo gitar elektrik.
“Saya memang minat bermain gitar dan saya rasa minggu ini adalah masa yang sesuai untuk kongsi minat tu dengan semua orang,” katanya kepada Gempak.
Daniel turut menjelaskan dia sememangnya mahu menunjukkan kepelbagaian bakat yang dirinya ada di atas pentas BSA namun, dia memilih untuk tonjolkan sikit demi sikit kepada orang ramai.
“Bukan saya tak nak keluarkan semua bakat terpendam, tapi saya rasa lebih baik keluarkan satu demi satu. Takkan saya nak tunjuk semua sekaligus.
“Seperti yang Datuk Syafinaz pernah cakap, dalam pertandingan ini kita kena ada strategi. Minggu pertama dan kedua saya masih dalam zon selesa, tapi lepas tu saya mula cabar diri.
“Saya cuba cari versi lain diri saya – macam nyanyi lagu perlahan, atau tampil dengan gaya persembahan yang berbeza. Saya nak penonton nampak pelbagai sisi saya sebagai artis,” jelasnya.
Dalam pada itu, bintang BSA itu mengakui banyak belajar sepanjang tujuh minggu bersaing dan menerima panduan berguna daripada pelbagai pihak terutama sekali komen dari barisan juri.
“Perasaan saya sekarang ini sangat happy sebab dah banyak saya lalui sepanjang tujuh minggu.
“Ramai yang bagi tunjuk ajar, juri juga bagi saya satu haluan yang sometimes kita ada naik dan turun,” katanya.
Bagaimanapun, Daniel turut meluahkan rasa syukur kerana impiannya untuk melihat ketujuh-tujuh bintang Alpha mara ke pentas akhir akhirnya menjadi kenyataan.
“Paling penting hasrat saya dimakbulkan iaitu kesemua tujuh bintang dapat masuk ke final Big Stage Alpha bersama,” kongsinya.
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Ariel Fesol Sebak Dapat Mara Ke Finale - “Ini Adalah Air Mata…”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Mahu Keluar Dari Zon Selesa, Ray-D Puas Hati Dengan Persembahan Solo - “Saya Sedar Saya Tak…”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Syafinaz 'Love' Chemistry Bintang Alpha, Puji Persembahan Berkumpulan - “Mereka Sudah Boleh Dilihat Sebagai…”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul? 7 Bintang Mara Ke Pentas Akhir
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video