HIBURAN
“Kelakar Tapi Comel” – Intan Najuwa Terharu Suami Cetak Gambar Keluarga Jadi Album
Pelakon, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa terharu apabila suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman mengambil inisiatif mencetak gambar mereka sekeluarga untuk disimpan dalam album sebagai kenangan manis.
Intan, 27, berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di platform Threads baru-baru ini.
“Ternampak album ini di atas meja suami. Sangat sweet suami saya.
“Hari itu saya jumpa gambar yang diletakkan dalam bingkai gambar.
“Hari ini saya jumpa album.
“Saya fikirkan album apa, rupa-rupanya suami print semua gambar-gambar dan satukan dalam bingkai gambar dan album,” tulisnya.
Menurut Intan, Azraf memang gemar membeli-belah secara dalam talian, jadi dia mengesyaki suaminya telah menempah cetakan foto itu menerusi platform e-dagang.
“Kelakar tapi comel.
Perkara kecil sebegini membuatkan saya gembira,” ujarnya lagi
Untuk rekod, Intan dan Azraf mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara.
Sumber: Threads
Must-Watch Video