gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Berdepan Hutang RM4.65 Juta, Fazura Masih Jual Tudung & Sold Out
VIRAL
Ramai Melenting Cadangan Mandulkan Lelaki Miskin Kekang Kelahiran, Gabenor Tampil Jawab Balik - "Saya Cuma Ajak, Tak Paksa..."
HIBURAN
Vivy Yusof Ubat Rindu Kembali Tulis Blog, Peminat Perlu Langgan USD5 Sebulan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Vivy Yusof Ubat Rindu Kembali Tulis Blog, Peminat Perlu Langgan USD5 Sebulan

gempak
Amri Hassan
10/05/2025
02:04 MYT
Sponsor Banner
Vivy Yusof Ubat Rindu Kembali Tulis Blog, Peminat Perlu Langgan USD5 Sebulan
Nama Vivy Yusof bukan asing lagi dalam dunia keusahawanan dan gaya hidup. Namun, ramai juga mengenalinya sebagai blogger generasi awal menerusi blog popularnya, Proudduck, yang aktif sekitar dua dekad lalu ketika masih menuntut di London School of Economics (LSE).
Kini, selepas lebih 20 tahun, Vivy membuat kejutan dengan kembalinya ke dunia penulisan peribadi melalui blog baharu yang dinamakan 'Sincerely, Vivy' tetapi kali ini dengan pendekatan lebih eksklusif!
Dilancarkan pada April lalu, blog ini hanya boleh diakses oleh pelanggan berbayar, dengan bayaran langganan sebanyak USD5 sebulan (RM20.99) atau USD55 setahun (RM230.92).
Vivy turut membuka sebuah akaun Instagram baru khas untuk blog ini, memberi ruang kepada pengikut yang mahu mengikuti bab baru dalam kehidupannya.
“Terima kasih kerana sudi mengikuti bab baharu dalam hidup saya ini, ke mana sahaja ia akan membawa saya. Saya juga telah membuat keputusan untuk menjadikan Sincerely, Vivy sebagai langganan berbayar,” katanya dalam pengumuman pelancaran blog tersebut.
Bagi mereka yang melanggan, anda bakal menerima akses penuh kepada setiap penulisan Vivy, termasuk entry terbaru setiap hari Selasa, kod diskaun eksklusif daripada jenama kegemarannya (termasuk miliknya sendiri) dan terawal mengikuti perkembangan hidupnya.
Pendekatan ini dilihat sebagai langkah segar dalam era kandungan digital masa kini, di mana penulisan peribadi diberikan nilai eksklusif untuk pembaca yang benar-benar berminat.
Untuk peminat setia Vivy atau mereka yang mencari inspirasi dari sisi lebih jujur seorang wanita, ibu, usahawan dan individu yang sedang berkembang, Sincerely, Vivy pastinya menjadi ‘jendela’ istimewa ke dalam dunianya yang sebenar.
Topic Berkaitan
#peminat
#Vivy Yusof
#Usahawan
#Bayar
#Blog
Must-Watch Video