HIBURAN
Noor Nabila Belanja Lebih RM140,000 Setahun Untuk Cantik Natural Tanpa Makeup - “Memang Pelaburan…”
Kakak kepada selebriti Neelofa yang juga usahawan, Noor Nabila mendedahkan dirinya sanggup berbelanja sehingga RM140,000 setahun semata-mata untuk menjaga kecantikan kulit.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram Story apabila dia memuat naik semula satu konten bertanyakan sama ada seseorang boleh memiliki kulit yang cukup cantik sehingga tidak perlu mengenakan solekan.

Menjawab soalan tersebut, Nabila menegaskan rahsia kecantikan wajahnya datang daripada pelbagai rawatan moden.
“Tanpa mekap, tetap berseri. Ya, ini memang satu pelaburan.
Ultherapy. Emface. Exion. Titanium. Profhilo. Pico. Skin Boosters. Laser.
“Pelaburan tahunan: RM140,000 (mungkin lebih).
“Pulangan: Keyakinan yang tidak boleh dibeli dalam botol,” tulisnya.
Pendedahan itu mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya memuji kejelitaan bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu.
“Kulit dia memang lawa… flawless gila walaupun tanpa mekap. Pernah nampak dia banyak kali dan bukan nak ‘backup’ tapi dia tak sombong. Muka dia sentiasa senyum bila kita pandang dia.
“Woahhh, ini versi orang atas-atas. Kalau mampu, kenapa tidak kan? Hahaha,” tulis beberapa netizen.

Cantik Tak Perlu Mahal
Nak kulit natural berseri tanpa mekap? Tak perlu labur RM140K setahun. Produk ini bagi hasil glowing untuk 3 bulan dengan harga mampu milik.
Dapatkan Kulit GlowingMust-Watch Video