VIRAL
Berita Gembira Buat Pejuang Zara Qairina, Beberapa Suspek Buli Akan Dituduh
Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menuduh beberapa suspek yang terbabit dalam kes buli Zara Qairina Mahathir.
AGC melalui kenyataan media memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan kepada keterangan yang ada hasil penelitian kertas siasatan kes kematian pelajar berusia 13 tahun itu.
Terdahulu, Mahkamah Koroner menetapkan bulan depan untuk prosiding inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.
Prosiding itu akan menentukan sama ada terdapat unsur jenayah yang terbabit dalam kematiannya.
Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz yang bertindak sebagai Koroner, menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes berkenaan hari ini.
Mahkamah menetapkan tarikh prosiding pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 30 September.
Ketika prosiding, Mohd Fairus memberitahu Mahkamah Koroner, seramai 195 saksi dikenal pasti dipanggil untuk inkues berkenaan.
Bagaimanapun, katanya jumlah dipanggil akan diteliti semula dan senarai baharu akan dimaklumkan kepada Mahkamah Koroner sebelum inkues bermula pada 3 September depan. -BERITA HARIAN-
Must-Watch Video