gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Meganya! Rabbani Muncul Dengan Konsert Intifada Rabbani September Depan
HIBURAN
Asia Championship 2025 Tawar Aksi Tinju Moden Bersulam Dunia Digital
VIRAL
Bintang TikTok Mati Diracun Akibat Tolak Kahwin Paksa
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Vivy Yusof, Suami Didakwa Atas Pertuduhan Pilihan Salah Guna Dana Khazanah, PNB

Gempak
Gempak
22/01/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Vivy Yusof, Suami Didakwa Atas Pertuduhan Pilihan Salah Guna Dana Khazanah, PNB

Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta milik syarikat itu.

Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.

"Mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan," kata pasangan terbabit.

Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta, di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA

Topic Berkaitan
#Vivy Yusof
#Khazanah
#PNB
#Fadzarudin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement