,
Laman Utama

[VIDEO]"Ini Kertas Will You Marry Me Yang..."- Elyana Dedah Lamar Suami 12 Tahun Lalu

Syafiqah Jalal
21/11/2022
01:34 MYT
Penyanyi dan pelakon Elyana Emrizal mendedahkan dia terlebih dahulu memulakan langkah melamar suaminya, Khairul Anuar Hussin untuk berkahwin 12 tahun lalu.
Menceritakan kembali momen itu, Elyana kata dia siap menulis 'will you marry me' di atas kertas yang sehingga kini masih disimpan dengan baik.
"Ini kertas asal ketika saya melamar dia. Will you marry me. Saya yang melamar dia ya," katanya yang menampalkannya di atas kek ulang tahun mereka.
Pelantun lagu Kalis Rindu itu berkongsi ucapan berkenaan ketika majlis kejutan ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 serta hari lahir suaminya yang ke -47.
Kata Elyana, dia merancang majlis itu seorang diri tanpa pengetahuan suaminya.
"Saya plan majlis ni sorang-sorang je.. plan dalam masa 3 hari… sangat mencabar sebab memang terbatas penggerakan saya kerana duduk satu rumah..
"Saya percaya dengan membuat orang yang kita sayang bahagia adalah kunci kebahagiaan untuk diri kita. Happy 12th anniversary bee.." ucapnya.
Sekadar informasi, Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada tahun 2010.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Cinta Sumayyah, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar