gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
#GempakWeeklyEdition: Tulis Al-Quran, Bau Wangi - Semoga Roh 15 Pelajar UPSI Dipelihara Allah SWT
VIRAL
Pengantin Pilih Naik Kereta Jenazah Di Majlis Kahwin, Dedah Sebab Utama - “Semua Tetamu Kami Terkejut”
HIBURAN
Wanns Ahmad Cabar Diri Sertai Raise The Star Malaysia, Mahu Nyanyi Lagu Komposer Lain - “Walaupun Saya Dah 34 Tahun Tapi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Dengar Lagu Ni Teringat Arwah..." - Video Muzik Renjana Nyanyian Shiha Zikir Bikin Netizen Menitis Air Mata

gempak
Amri Hassan
15/06/2025
04:50 MYT
Sponsor Banner
"Dengar Lagu Ni Teringat Arwah..." - Video Muzik Renjana Nyanyian Shiha Zikir Bikin Netizen Menitis Air Mata
Penyanyi Shiha Zikir membuat ramai netizen berasa sedih dan tersentuh apabila melihat video muzik lagu terbaharunya, Renjana yang dilancarkan di YouTube pada Jumaat.
Berbeza dengan lagu-lagunya sebelum ini, kali ini Shiha menceritakan tentang rasa perit kehilangan insan yang disayangi iaitu arwah bapanya.
Menjengah ruangan komen di YouTube, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Shiha kerana berjaya menyampaikan lagu berkenaan dengan berjaya.
Tidak kurang juga ramai yang beremosi kerana terkenang akan ahli keluarga mereka yang sudah tiada.
"Penyampaian Kak Shiha dalam lagu ni sampai ke hati, sebab nyanyian ikhlas dan vokal semakin baik.
"Tak nak komen panjang-panjang sebab tengah lap air mata dari tadi, kita jumpa lagu ni di AJL soon.
"Ya Allah, rindu arwah abah, rindu arwah mak, bukan tak redha, tapi rindu tu sakit sangat-sangat.
"Dengar lagu ni teringat arwah ayah," antara komen netizen.
Difahamkan, lirik lagu Renjana ditulis sepenuhnya oleh Shiha, sementara ia turut digubah oleh Shiha dengan bantuan Zimi Sofazr.
Menurut pemerhatian Gempak, Shiha sedang aktif berkongsi reaksi peminat dan rakan-rakan industri yang menonton video muzik Renjana di akaun media sosial miliknya.
Video muzik Renjana menggambarkan perjalanan hidup Shiha sejak zaman kanak-kanak hingga alam dewasa.
Namun apa yang dapat difahami daripada video muzik berkenaan, Shiha berasa sedih kerana arwah bapanya tidak sempat melihat dia bergiat sebagai penyanyi meskipun itu adalah impian Allahyarham.
Topic Berkaitan
#Viral
#Netizen
#Shiha Zikir
#Bapa
#Renjana
Must-Watch Video