gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Wanns Ahmad Cabar Diri Sertai Raise The Star Malaysia, Mahu Nyanyi Lagu Komposer Lain - “Walaupun Saya Dah 34 Tahun Tapi…”
SUKAN
Selangor Red Giants OG Esports (SRG) Cipta Hatrik, Juara MPLMY Selepas Tewaskan Homebois
BERITA
Jurulatih Bola Sepak Ditahan Cabul Dua Remaja Perempuan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Pernah Disindir Menumpang Populariti Ziana Zain, Anuar Zain Hanya Tersenyum - “Kalau Dulu, Lagi Teruk Orang Mengata Kita…”

gempak
Asyikin Mayudin
15/06/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Pernah Disindir Menumpang Populariti Ziana Zain, Anuar Zain Hanya Tersenyum - “Kalau Dulu, Lagi Teruk Orang Mengata Kita…”
Penyanyi, Anuar Zain mendedahkan dia pernah disindir orang secara berhadapan sewaktu dirinya mula berkecimpung dalam industri hiburan, satu ketika dahulu.

Tumpang populariti

Ketika itu, Anuar atau nama lengkapnya Shahrul Anuar Zain dianggap hanya mahu menumpang populariti kakaknya yang juga penyanyi Ziana Zain yang sudah menempa nama sebagai seorang selebriti ternama pada ketika itu.
“Kalau dulu, lagi teruk orang mengata kita. Ditambah pula waktu itu penyanyi lelaki susah nak pergi jauh. Kalau ada pun berapa kerat saja.

“Saya pernah ya, waktu itu saya teman Ziana ke satu acara tapi terdengar orang mengata dan kata, ‘Kesian Anuar, nak menyanyi terpaksa menempel dengan kakak dia’

“Selamba ja dia kata begitu tapi bila saya dengar, hanya tersenyum sajalah,” kata Anuar kepada Gempak ketika ditemui pada sidang media konsert ‘Empat Live in Kuala Lumpur’ yang diadakan di The Westin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hanya tersenyum

Bercerita lanjut, pelantun lagu Sedetik Lebih ini berkata dia tidak mengambil pusing dengan kata-kata negatif tersebut sebaliknya memilih untuk tersenyum dan terus melangkah jauh dalam industri hiburan.

“Itulah kenyataannya dan apa yang kita perlu lalui dalam hidup ini. Pada saya, kita tak boleh nak tutup mulut orang cumanya bila kita dengar orang berkata begitu, kita senyum sajalah.

“Tak perlu nak balas-membalas dan teruskan saja kehidupan. Tak perlu simpan dalam hati pun sebab kita tak tahu rezeki orang itu bagaimana kan?” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 Laris, Bukti Penangan Empat Bintang Satu Pentas!

Sekadar info, Anuar bakal berkongsi pentas bersama kakak dan anak saudaranya iaitu Ziana Zain, Ernie Zakri dan Syamel menerusi konsert ‘Empat Live in Kuala Lumpur’ yang bakal diadakan secara langsung di Mega Star Arena pada 18 Oktober 2025.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket anda di www.ticket2u.com.my.
Topic Berkaitan
#Anuar Zain
#Ziana Zain
#Disindir
#Konsert Empat
#Tumpang populariti
Must-Watch Video