,
Laman Utama

[VIDEO] Kongsi Video Menari TikTok Dengan Anak, Isteri Lan Solo: “Yang Benci Sila Pergi”

Syafiqah Jalal
09/09/2022
03:41 MYT
Isteri kepada Lan Solo, Sheila sudah letih hendak melayan sikap pengikut laman sosial yang didakwa suka membencinya.
Menurutnya, apa yang dia lakukan hanya untuk bergembira terutama bersama anak sulungnya, Nur Amna Qaleesya, 12, dan tidak lebih dari itu.
Malah meminta pengikutnya untuk ‘unfollow’ akaun media sosialnya.
“Yang benci sila pergi…yang nak gembira-gembira boleh di sini..Letih la asyik benci sana sini.. tak suka unfollow. Enjoy-enjoy je pun..
“Sebenarnya saya lupa cuti sekolah dah mula…Jadi memang tak ada langsung la plan bercuti dengan anak-anak…
“Rasa bersalah pula…so kita turunkan berat badan jela..,” katanya.
Sheila berkongsi perkara berkenaan di akaun Insatgram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video TikTok anak perempuan sulungnya menari diiringi dia di belakang serta Lan yang hanya duduk di atas sofa.
Sebelum ini, Lan Solo pernah menerima kecaman hebat daripada segelintir warganet setelah berkongsi video yang memaparkan gelagat anak sulungnya rancak menari.
Bapa kepada empat orang anak itu dikritik tidak bertanggungjawab kerana membiarkan anaknya itu menari terkinja-kinja dan tidak wajar untuk memuat naik konten sebegitu buat tontonan khalayak umum.
Pun begitu, meninjau dalam komen di kemas kini terbaharu itu, rata-rata setuju dengan Sheila.
“Anak-anak ni hidup dia ceria je. Mana fikir masalah. Dulu dulu aku pun begini je, sibuk menari lagu feminin la siap beli kaset joget-joget. Happy je. Semua kanak-kanak akan lalui fasa ni, kemudian zaman remaja dan dewasa.
“Biarlah dia happy happy lalui zaman kanak kanak ni. Tak payah la nak kecam kecam. Aku rasa anak buah sekeliling aku yang perempuan semua gini je. Kadang kami pun suka tengok diorang ceria je. Happy kids happy parents,” komen salah seorang pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar