HIBURAN
Tanpa Kontroversi, GV11 & Big Stage Alpha Tetap Berjaya Curi Hati Penonton - "Mereka Ajar Kita Erti…"
Meskipun sudah berakhir namun program hiburan, Gegar Vaganza 11 (GV11) dan Big Stage Alpha (BSA) masih menjadi bualan di sosial media.
Menerusi satu hantaran di TikTok @carotsusu107, individu tersebut menganggap kedua-dua program telah meninggalkan impak yang besar kepada rakyat Malaysia.
"Gegar Vaganza 11 dan Big Stage Alpha telah mengajar masyarakat majmuk tentang persahabatan," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menggagap stesen TV tidak perlu ada drama yang tidak patut untuk menarik perhatian penonton bagi menyaksikan program berkenaan.
"Big Stage Alpha paling ketara, kat suku akhir dah berjurai air mata.
"Tak pernah minat mana-mana artis tapi Alpha ni lain. Mungkin sebab bonding tu.
"No doubt both of these programs were superb, hits differently just because of bonding between them.
"Setuju sangat-sangat, mereka ajar kita erti persahabatan sejati.
"Astro dah sedar yang inexistent drama,beef,tears are no longer selling for the public comsumption," kata netizen.
Sekadar info, GV11 menyaksikan Liza Aziz dinobat sebagai juara manakala Ariel Fesol berjaya merangkul gelaran juara untuk program BSA sekali gus debut sebagai kumpulan Alpha.
Must-Watch Video