HIBURAN
Pentas Utama Musnah Terbakar, Festival Tomorrowland Tetap Diteruskan
Pentas utama Tomorrowland hampir musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku sehari sebelum festival muzik elektronik terbesar dunia di Boom, Belgium.
Meski insiden tersebut disifatkan sebagai teruk namun penganjur mengesahkan tiada kemalangan jiwa berlaku.
Malah mereka menafikan dakwaan festival yang dijadual bermula 18 sehingga 20 Julai 2025 itu dibatalkan.
Penganjur sebaliknya memberitahu festival yang dibarisi pemuzik dan deejay seperti
David Guetta, Lost Frequencies, Armin Van Buuren, Charlotte de Witte dan Steve Aoki akan tetap berlangsung seperti biasa.
Barisan artis juga dijadualkan akan membuat persembahan seperti dirancang namun hanya berlangsung di dua pentas lain yang tidak terbakar, lapor AFP.
Menerusi foto dan video yang tersebar, api marak dan asap hitam dapat dilihat dengan begitu jelas. Ratusan bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan api dan siasatan punca kebakaran masih dijalankan.
Tomorrowland yang sudah berusia 20 tahun diasaskan oleh dua beradik dari Belgium meraikan peminat muzik elektronik dan EDM.
Tahun lalu festival ini menarik seramai 400,000 peminat muzik ke Tommorowland.
Untuk edisi tahun ini, festival yang membawa Orbyz atau dunia magis ais juga akan berlangsung pada 25 hingga 27 Julai 2025.
Must-Watch Video