,
Laman Utama

[VIDEO] Isu Label Kereta Bukan ‘Supercar’ Najis, Fatin Afeefa Sindir Suami Sendiri? - “Kita Pun Dinajiskannya…”

Asyikin Mayudin
09/06/2023
07:55 MYT
Pelakon Fatin Afeefa turut mengambil peluang ‘menyindir’ suaminya iaitu Opai atau Aliff Awang yang baru-baru ini dikecam gara-gara melabelkan kereta bukan dalam kategori ‘supercar’ sebagai najis.
Fatin menerusi perkongsian di TikTok tidak bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut iaitu suaminya sendiri yang merendah-rendahkan orang lain tanpa memikirkan ia akan memberikan kesan kepada isteri dan anak-anak.
“Okay baru-baru ini ada satu video viral, this one guy, hina orang yang bawa kereta Honda, Mustang yang basically yang bukan supercar la. Bagi I, tak patutlah, memang tak patut.
“Terutama merendah-rendahkan orang… kena fikir anak, bini. Kesian siapa bini dia itu, huh!” kata Fatin yang turut memuat naik video tular tersebut dengan menutup wajah suaminya di TikTok miliknya.
Fatin juga berkongsi kereta AMG miliknya dan menawarkan produk keluarannya secara percuma kepada sesiapa yang menghantar swafoto bersama kereta Honda kepadanya.
“Honda pekak, AMG, Mustang semua najis dia cakap. Kita pun dinajiskannya. Tak apa, geng Honda send me a selfie with your Honda, Fa nak belanja 100 box produk,” ujar.
Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan bersimpati dengan nasib isteri kepada Opai itu selain menganggap Fatin menggunakan kontroversi suaminya untuk tujuan ‘marketing’.
“Wow… macam tak percaya saja bni dia buat video TikTok ni.
“Pandai kau marketing dik.
“Kau jangan Fatin kang laki kau kata tak sehaluan pula,” komen netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam Hina Kereta, Suami Fatin Afeefa Jelas Perkara Sebenar - “Itu Ditujukan Kepada…”
Terdahulu, Opai bukan sahaja dilihat angkuh melampau menggelarkan kereta bukan ‘supercar’ sebagai najis bahkan menghalau pemilik kereta berkenaan agar tidak berada di sebuah acara pertunjukan baru-baru ini.’
Selepas membangkitkan kemarahan netizen, malah turut meraih perhatian Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Sultan Ibrahim, Opai tampil memohon maaf.
@fatinafeefa8 Honda pekak, AMG, mustang semua najis dia cakap. Kita pun di najiskan nya. Takpe, geng honda send me a selfie with your Honda, fa nak belanja 100 box #leanbyfa ♬ original sound - ???????????????
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fatin Afeefa Larang Anak Ceburi Bidang Seni, Mahu Lebih Berjaya Dalam Pelajaran - “Saya Berhak Tentukan…”

gempak
27/08/2024
04:55 MYT
Selebriti media sosial, Fatin Afeefa memberitahu dia tidak akan membenarkan anak-anaknya menceburi bidang seni biarpun ada menerima tawaran ke arah itu.
Hiburan

Suami Jadikan Virus Monkeypox Sebagai ‘Joke’, Ini Respons Fatin Afeefa - “Yang Pasti Itu Bukan…”

gempak
26/08/2024
08:55 MYT
Selebriti media sosial, Fatin Afeefa mengakui dia tidak tahu mengenai tindakan suaminya iaitu Aliff Awang yang menjadikan virus ‘monkeypox’ sebagai jenaka dalam sebuah video yang dikongsikan, baru-baru ini.
Hiburan

Hormat Permintaan Suami, Fatin Afeefa Berhenti Berlakon & Menyanyi - “Dia Kata Semua Itu Adalah Aurat”

gempak
20/05/2024
07:55 MYT
Mula berkecimpung dalam industri seni sejak usia lapan tahun, pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa mengumumkan berundur dari dunia lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Hiburan

Lama Menyepi, Suami Fatin Afeefa Tidak Lagi Berharap Pada Forex - “Dah Setahun Tak Buat Benda Bodoh Tu”

gempak
20/03/2024
07:55 MYT
Suami Fatin Afeefa yakin rezeki luas.
Laman Utama

“Pakai Tudung Tak Wajib Tapi Tutup Aurat Itu…” - Fatin Afeefa

gempak
11/10/2023
00:50 MYT
Menutup aurat dengan sempurna wajib!