,
Laman Utama

[VIDEO] Dikejar Anjing Liar, Rider Kemalangan Rempuh Pagar Rumah - “Kesian Dia, Dah La Perempuan”

Azwa Rahman
21/08/2021
01:02 MYT
Seorang penghantar makanan Food Panda berdepan nasib malang apabila merempuh pagar sebuah rumah ketika menjalankan tugas.
Kejadian itu dipercayai berlaku kerana rider tersebut dikejar oleh seekor anjing liar di sebuah kawasan perumahan tersebut.
Menerusi laman sosial Twitter, tular video berdurasi 14 saat yang diambil daripada CCTV rumah berkenaan menunjukkan rempuhan yang berlaku.
Video yang dirakam itu bermula dengan menunjukkan tuan rumah bersama seorang lagi wanita sedang bersembang di kawasan garaj rumah.
Secara tiba-tiba, rider tersebut yang datang dari arah luar merempuh pagar rumah berkenaan mengejutkan dua wanita terbabit.
Malah, turut kedengaran bunyi salakan anjing di dalam video tersebut, Keadaan rider tersebut yang bangkit dalam kesakitan selepas merempuh tidak dapat dikenal pasti.
Di ruangan komen, video tersebut mengundang rasa simpati wargamaya terhadap rider tersebut yang dipercayai seorang wanita.
Malah, ramai yang kesal tiada tindakan lanjut diambil terhadap anjing-anjing liar yang sering menyebabkan masalah kepada penunggang motosikal mahupun pejalan kaki.
Any update about that rider? Kena marah ke dengan tuan rumah? Kesian dia, dah lah perempuan. Harap kita semua dapat bantu dia kalau dia memerlukan untuk bayar ganti rugi dan sebagainya,” komen seorang wargamaya.
Aku kalau isu anjing kejar orang ni memang geram betul lah. Bukan nak cakap, anjing ada tuan ke anjing liar ke kalau dia tak kenal kau confirm dia kejar. Pastu kita yang bodo ni lari lintang pukang. Tak campur macam rider langgar rumah orang,” luah seorang wargamaya.
Kesian sis panda tu, terhentak pagar woi sakitnyaaaa. Mujur dia pakai helmet,” tulis seorang wargamaya.
Masalah anjing liar. Banyak kali dah kene kejar masa berlari. Report pada majlis perbandaran takde action. Nak bunuh sendiri tak boleh - berdosa kalau dia attack saya dan saya rasa ia salah disisi undang-undang untuk membunuh binatang liar. Mohon pencerahan solusi,” kata seorang wargamaya.
Rider perempuan tu. Takut sangat agaknya sampai press handle sampai habis,” ujar seorang wargamaya.
Sehingga kini, perkongsian video telah mendapat hampir 250,000 tontonan dan 10,000 ulang ciap daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Hiburan

Reedzwann Dedah Perbualan & Foto Terakhir Bersama Rakan Yang Maut Dalam Kemalangan – “Telinga Masih Terngiang Suara”

gempak
08/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Reedzwann tampil mendedahkan perbualan terakhirnya bersama rakan yang maut akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan, Trolak, Tanjung Malim pada Sabtu.
Viral

Allahyarham Humaira Repost Hantaran Tentang Kematian 4 Hari Sebelum Maut Kemalangan

gempak
08/09/2024
04:25 MYT
Seakan-akan memberikan petanda awal, Allahyarham Humaira yang maut akibat kemalangan di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, pada Sabtu ada mengulang siar video TikTok berkaitan kematian beberapa hari lalu.
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.