,
Laman Utama

[VIDEO] “Beliau Muncul & Solat Di Sebelah,” - Alif Satar Tak Sangka, Rezeki Jumpa Mufti Menk Di Tanah Suci

Mya Amri
14/12/2022
15:16 MYT
Kehadiran penyanyi dan pelakon, Alif Satar ke Tanah Suci ternyata meninggalkan seribu satu kenangan manis buat dirinya.
Selain dapat menunaikan ibadah dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Alif juga tidak menyangka dapat bertemu dengan pendakwah terkenal dunia, Ismail Ibn Musa Menk atau lebih dikenali sebagai mufti Menk.
Alif juga turut berkongi momen bertemu dengan tokoh agamawan yang disegani itu.
“Saya sedang menonton IG Live beliau dan terus berlari ke masjid untuk cari beliau. Saya tahu amat sukar untuk mencari di dalam lautan manusia.
“Siap tanya cleaner ada jumpa Mufti Menk tak? Tetapi dia juga tidak pasti. Dalam hati saya berkata ‘Insya-Allah, jika ada rezeki saya, maka Allah akan makbulkan.
“Kemudian, beliau muncul dan solat di sebelah saya. Allahuakhbar. Saya sangat berbesar hati dapat bertemu beliau secara peribadi,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Alif juga mengucapkan terima kasih kepada Mufti Menk kerana video-video ceramah yang banyak memberikan manfaat buat orang ramai.
@muftimenkofficial Terima kasih untuk semua video yang anda hasilkan dan membuatkan saya berjaya melalui fasa sukar. Semoga Allah permudahkan segalanya buat mu. Amin,” kongsinya.
Selain Alif, kumpulannya iaitu The Locos juga berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Umrah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Berita

Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

gempak
05/09/2024
17:05 MYT
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Belajar Silat Dengan Atlet Kebangsaan, Siap Panjat Tali & Berguling Depan Juri

gempak
29/08/2024
10:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Tunai Umrah Bersama Bukti Cinta Shuk Sahar & Isteri Masih Utuh - “Selamatkan Rumah Tangga Selagi…”

gempak
23/08/2024
02:25 MYT
Pelawak Shuk Sahar menutup spekulasi mengenai masalah rumah tangganya dengan isteri, Fara Salleh dengan memuat naik foto di Instagram memperlihatkan mereka kini berada di Tanah Suci, Mekah.