HIBURAN
Pempengaruh Perjelas Syada Amzah Bukan ‘Si Polan’ Yang Cuba Pecah Belahkan Rumah Tangga - “Saya Mohon Maaf Atas Nama Kawan Baik Saya…”
Pempengaruh media sosial, Elcah tampil menjelaskan bahawa penyanyi Syada Amzah bukan individu yang mengganggu rumah tangganya, susulan timbul dakwaan daripada suaminya sendiri sebelum ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha berkata, wujud salah faham terhadap kedudukan Syada dalam konflik rumah tangganya dengan suami, Afi Hamri atau Hafizzuddin Hamri.
“Assalamualaikum semua. Dekat sini saya nak clearkan nama kawan baik saya, Syada Amzah. Saya rasa mungkin ada salah faham di sini.

“Mungkin sebab Syada orang tengah dalam pergaduhan saya dengan si polan. SA adalah si polan, bukan Syada Amzah. Saya rasa ramai pun tahu Syada is trying to help both of us,” tulisnya.
Elcah turut menzahirkan kekesalan apabila wujud tajuk-tajuk berita yang mengaitkan Syada secara langsung dengan kemelut rumah tangganya.
“Ada beberapa pihak salah faham dan buat headline tak ada kena mengena.
“Saya di sini mohon maaf atas nama kawan baik saya yang telah disalah faham. Hal ini orang cuba jadikan Syada orang tengah, tapi ada yang salah faham.
“Saya harap semua yang babitkan Syada di sini tolong take down. Saya baik-baik sahaja dengan Syada dan keluarga,” jelasnya.
Tambahnya lagi, dia dan adik kepada penyanyi Shila Amzah itu sudah berkawan sejak kecil dan hubungan mereka seperti adik-beradik.
“Kami dah kawan hampir separuh umur kami. Terima kasih semua, jangan babitkan Syada mahupun keluarga dia sebab blogger salah faham,” ujarnya.
Terdahulu, Afi dalam satu hantaran di Instagram mendakwa Syada sebagai punca keretakan rumah tangga mereka apabila didakwa memujuk isterinya untuk membelakangkan suami dalam menyelesaikan konflik serta menghasut untuk ke kelab malam bagi “merehatkan fikiran”.
Selain itu, Afi juga berkongsi tangkap layar didakwa perbualan antara Syada dan Elcah, termasuk mesej ajakan bertemu dan dan berkongsi mengenai dakwaan kecurangan Afi.
Untuk rekod, Elcah dan Afi berkahwin pada Januari lalu dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat wanita berkenaan.
Must-Watch Video