HIBURAN
Bonda Rozita Beri Teguran Perangai Anak Muda Kerap Merajuk - “Tak Suka Mak Bebel, Sikit-Sikit Sentap”
Usahawan dan pengasas jenama kecantikan tersohor, Rozita Ibrahim berkongsi momen manis
semasa bercuti bersama kakitangan dan stokisnya.
Gemar bercuti bawa pekerja
Rozita atau lebih mesra disapa bonda berkata dia gemar membawa kakitangannya merasai pengalaman eksklusif di restoran mewah serta mencuba makanan tempatan yang unik.Dalam pada itu, Rozita juga turut berkongsi pengalaman hidup di mana asuhan tegas yang diterimanya sejak kecil membentuk dirinya menjadi seorang ‘bonda’ hingga ke hari ini.“Bila travel bonda suka bawa staff dan stokist datang merasa ke restoran lawa lawa dan mewah. Biar mereka rasa juga keunikan makanan setempat,” kongsinya.
“Sempat bonda selitkan jugak sikit kisah penglaman hidup bonda dan berkongsi pendapat dengan guru bonda.
“Bonda rasa jika bonda tak dibesarkan dengan didikan yang tegas, saya tidak akan menjadi seorang bonda,” kongsinya.
Tegur perangai anak muda zaman sekarang
Dalam hantaran yang sama, Rozita juga menegur perangai segelintir anak muda sekarang yang cepat marah apabila ditegur oleh ibu sendiri.Kata Rozita, anak-anak tidak sepatutnya mengambil hati atas teguran tersebut sebaliknya cuba memahami apa maksud sebenar dari setiap nasihat yang diberikan.
“Anak-anak tak suka mak bebel, sikit sikit sentap merajuk. Tapi, cuba tengok apa maksud tersirat si ibu. “Cuba juga kita tengok macam mana kita melihat dan menilai sesuatu masalah,” coretnya.
Must-Watch Video