,
Laman Utama

[VIDEO] Anna Jobling & Meerqeen Dedah Kisah Disebalik Perkenalan - “Kami Selalu Record Each Other Tapi…”

Asyikin Mayudin
07/12/2022
08:55 MYT
Pelakon Anna Jobling dan Meerqeen berkongsi kisah perkenalan mereka sebelum dipertemukan dalam drama Ash & Aish dan Melur Untuk Firdaus.
Menerusi temu bual santai di di podcast Studio Sembang, aktres Amelia Henderson yang menjadi host bertanyakan kepada pasangan itu bagaimana mereka bertemu dan berkenalan.
Menjawab pertanyaan itu, Anna mendedahkan Meerqeen yang memulakan langkah terlebih dahulu dengan mengikutinya di laman sosial biarpun ketika itu mereka belum mengenali satu sama lain.
“Sebenarnya dia kenal I masa I masuk Dewi Remaja 2018. Dia kenal I, tapi I tak kenal dia langsung. Dia follow I dekat Twitter 2018, dan I follow balik la tapi kita tak cakap langsung.
“Kemudian kami berlakon drama Ash & Aish dulu sebelum drama lagi satu. Begitulah cara kami bertemu. Dia ada follow I di Instagram dan TikTok… dia follow semua laman sosial saya dahulu.
“Masa kami berjumpa untuk meeting drama, masa I masuk, dia macam ini (muka sombong). I cakap ‘sombongnya’,” kata Anna lagi.
Membidas semula tanggapan Anna, Meerqeen berkata dia bersikap sedemikian disebabkan melihat aktres itu masuk ke bilik mesyuarat dengan keadaan wajah yang sombong.
“Kenapa I macam itu sebab dia masuk meeting room, dia macam ini (muka sombong). I cakap dengan kawan I masa itu macam relax la,” ujarnya.
Sementara itu, Meerqeen memberitahu dia dan Anna memulakan perbualan melalui laman sosial ketika sedang menjalani penggambaran drama Ash & Aish.
“Kalau nak cakap soal drama, I ambil kerana Anna sebenarnya. Sebab saya dapat tawaran dulu… agak lama juga I hold projek itu selama tiga bulan juga.
“Sebab masa itu, kami tengah shooting drama Ash & Aish. Kami betul-betul bercakap pun dalam 10 hari nak habis shooting. Tapi bahasa kami adalah Instagram.
“Kami selalu record each other tapi tak pernah bercakap. Kami bercakap thru story (IG). I tak bercakap dengan Anna di set tapi I record dia dari jauh dan post di IG,” dedah Meerqeen.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@meernasites jiakhh berawal dari crush to be partner?? #studiosembang #annajobling #meerqeen #meerna #fyp #podcast ♬ original sound - ANNA MEERQEEN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Ada Pihak Tak Setuju Anna Jobling Jadi Juri ‘Muzikal Lawak Superstar’ 4, Ini Respons Tuan Badan - “Ini Kali Pertama, Berikan Saya Peluang…”

gempak
13/09/2024
01:55 MYT
Sebaik sahaja Anna Jobling diumumkan sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar 4, ada dalam kalangan netizen dan pelawak senior yang berasakan kurang setuju dengan pemilihan aktres.
Hiburan

Terbesar Di Asia Tenggara, Ini 5 Perkara Menarik Tentang Store PUMA Malaysia

gempak
11/09/2024
18:55 MYT
Bagi peminat jenama PUMA, kami kongsikanlima perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai pelancaran kedai perdana terbesar ini.
Hiburan

Ramai Kata Cringe Dengar Meerqeen Cakap Indonesia, Tuan Badan Tak Marah - “Saya Hanya Ada Masa Lima Hari Untuk Belajar”

gempak
10/09/2024
08:25 MYT
Meerqeen tidak cepat melatah apabila ada yang mengkritik percubaannya bertutur dalam bahasa Indonesia menerusi drama dari seberang berjudul Modus Operandi.