HIBURAN
Masih Belum Jumpa 'Jodoh' Yang Sesuai, Fatiya Latiff Kongsi Ciri-Ciri Jejaka Yang Boleh Tawan Hatinya - “Saya Nak Seseorang Yang…”
Pelakon, Fatiya Latiff mengakui masih belum bertemu lelaki yang benar-benar mampu menawan hatinya meskipun usia kini mencecah 38 tahun.
Menurut Fatiya atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff, buat masa ini, semua individu yang hadir dalam hidupnya sekadar rapat sebagai rakan biasa tanpa sebarang perkembangan ke arah hubungan serius.
“Susah nak cakap, tapi setakat ini Fathia belum jumpa lagi orang yang betul-betul boleh memiliki hati saya. Buat masa sekarang, yang datang semuanya macam kawan-kawan sahaja.”
“Yang mendekati pun sekadar sebagai kawan, tak ada lebih-lebih pun,” katanya ketika ditemui Gempak pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 bagi koleksi rekaan Hatta Dolmat, semalam.
Sementara itu, pelakon drama Nur Kasih itu juga berkata, dia tidak terburu-buru dalam soal jodoh dan memilih untuk menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.
Meskipun begitu, Fathia tetap terbuka untuk menjalin hubungan dengan individu yang memenuhi ciri-ciri yang diinginkannya.
“Buat masa ini, Fathia just go with the flow. Kalau ada, adalah.
“Saya nak seseorang yang jujur, yang komited dengan kerja, dan yang memahami,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Fatiya pernah berkongsi pandangan mengenai soal jodoh menerusi satu hantaran di Threads miliknya, dengan menyatakan bahawa dia tidak kisah andai terus hidup bersendirian sekiranya lelaki yang hadir tidak memenuhi piawaian tertentu.
Fatiya juga turut menitipkan kata-kata semangat kepada wanita lain agar tidak terburu-buru mencari pasangan hanya kerana tekanan usia atau masyarakat.
Must-Watch Video