HIBURAN
Kongsi Foto Bersama, Netizen Mula ‘Kenenkan’ Fazziq Muqris Dengan Diana Danielle - “Memang Minat Dari…”
Penyampai radio Era FM, Fazziq Muqris mencuri perhatian netizen selepas memuat naik gambar bersama bekas isteri Farid Kamil iaitu aktres, Diana Danielle.
Menerusi hantaran di Instagram, kedua-duanya dilihat menghadiri acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dengan mengenakan busana sedondon berona putih, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Selepas memuat naik hantaran tersebut, rata-rata netizen cuba untuk ‘kenenkan’ mereka berdua serta memuji pasangan itu kelihatan serasi bersama.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Memang minat dari dulu kan?”
“Sama cocok dan sepadan.”
“Ini soft launch ke,” komen netizen.
Terdahulu, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Farid dan Diana berdepan masalah rumah tangga dan mereka bercerai kali pertama secara Google Meet pada 10 Ogos 2023.
Pasangan itu kemudian kembali rujuk namun sekali lagi rumah tangga bergolak dan disah bercerai talak satu buat kali kedua pada 23 Mac lalu
Must-Watch Video