HIBURAN
Uya Kuya Diancam Penjara Siar Bekas Suami Dakwa TikToker Tak Jaga Alat Sulit: “Ada Keputihan, Jarang Ganti Seluar Dalam…”
Hos dan pelawak Uya Kuya dijangka berdepan masalah undang-undang dan boleh dipenjara selepas menyiarkan sesi temu bual bersam Akash Ellahi yang membuka aib bekas isterinya, Venny Alberti.
Perbincangan tersebut disiarkan pada 23 Mei lalu di saluran You Tube Uya Kuya. Mereka antaranya bercakap tentang sikap tiktoker muda berusia 24 tahun itu dalam menjaga alat sulit dan kebersihan diri.
Menerusi tayangan tersebut, lelaki berdarah Pakistan itu antaranya mendakwa Venny, 24, mengalami keputihan dan malas untuk menguruskan diri.
“Setelah kita nikah, dia sering ada keputihan dari makanan. Tapi yang kedua, dia juga kurang jaga kebersihan. (Selama menikah) Saya tidak pernah lihat dia pakai satu produk pun untuk jaga kebersihan (organ intim wanita)," cerita Akash seperti dilaporkan InsertLive.
Selain itu Akash mendakwa isterinya pengotor apabila tidak menggantikan cadar katil mereka selama satu bulan meski telah terkena darah haid.
“Satu bulan tidak pernah ganti cadar yang terkena darah haid. Setiap hari tidur di cadar yang sama. Sangat kotor tapi dia malas untuk ganti cadar,” dedah Akash lagi.
Pada temu bual sama, Akash mendakwa bekas isterinya itu jarang mengganti seluar dan baju dalam yang dipakai. Venny kata Akash hanya menukar seluar dan baju dalam dua hingga tiga hari sekali.
Lelaki itu juga mendakwa sempat meminta Venny untuk melakukan pemeriksaan kesihatan namun mengabaikan saran doktor. Dia juga mengatakan mengambil gambar sebagai bukti isterinya tidak pernah berusaha untuk menjadi pembersih meski telah dinasihatkan doktor.
Selepas menonton temu bual tersebut, ramai yang berpendapat Ukay Kuya dan Akash boleh dipenjarakan sama seperti insiden dialami oleh Pablo Benua, Rey Utami dan Galih Ginanjar yang terjadi pada tahun 2020.
Waktu itu Galih mendakwa kemaluan bekas isterinya berbau ikan masin. Akibatnya Galih dijatuhi penjara dua tahun sementara Rey Utami dan Pablo sebagai pemilik podcast dihukum masing-masing 20 bulan dan 16 bulan penjara.
Must-Watch Video