GAYA HIDUP
7 Fakta Menarik Tentang Festival Makanan & Gaya Hidup Terbesar Lembah Klang, Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta 2025
Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta 2025 bakal menjadi festival makanan dan gaya hidup terbesar di Lembah Klang tahun ini. Berikut adalah fakta menarik yang perlu anda tahu:
1. Menyediakan hampir 300 lot niaga
Festival ini akan menyediakan hampir 300 lot niaga untuk usahawan pelbagai kategori termasuk makanan, minuman, fesyen, kraf dan produk gaya hidup. Lot adalah terhad mengikut kategori dan dibuka kepada mereka yang mendaftar awal.2. Tarikh dan lokasi strategik
Bakal berlangsung 12 hingga 16 September 2025 selama lima hari di perkarangan parkir Stadium Nasional Bukit Jalil, festival ini dijangka menarik ramai pengunjung kerana berlangsung bersempena cuti panjang empat hari.3. Penganjur berpengalaman
Dianjurkan oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. bersama Foodie Media (KL Foodie) milik pempengaruh terkenal Pinn Yang, dengan kerjasama Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM).4. Platform mengangkat usahawan tempatan
Pengarah Urusan Raydiates, Rayme Zainal, berkata: “Anjung Malaysiaku X Foodie Fiesta 2025 bukan sekadar festival makanan, ia adalah platform untuk mengangkat usahawan tempatan, mempromosikan budaya Malaysia, dan merapatkan jurang antara komuniti perniagaan dan masyarakat.”.jpg)
5. Sokongan padu dari MOTAC dan DPUM
Festival ini mendapat sokongan Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya (MOTAC) serta kerjasama strategik dengan DPUM bersempena Hari Usahawan Negara (HUN) 2025 bertema Usahawan Nadi Negara.6. Aktiviti menarik
Antara pengisian termasuk pameran perniagaan tempatan dan antarabangsa, forum dan perkongsian bersama ikon industri, pertandingan inovasi, pitching pelaburan, Live Podcast bersama figura terkenal tanah air, demo masakan, dan penglibatan pempengaruh popular.7. Akses mudah dan kemudahan parkir
Pengunjung boleh menggunakan stesen LRT berdekatan atau memandu sendiri kerana tapak parkir yang luas turut disediakan di sekitar lokasi bagi menampung jumlah pengunjung yang ramai.Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran lot niaga, hubungi talian +6011-11433286, +6013-5086807 atau +6012-5518189.
Must-Watch Video