,
Laman Utama

Ubai Sebak, Ini Pesanan Ibu Sebelum Ditidurkan - “Walau Apa Jadi…”

Syafiqah Jalal
25/07/2023
23:43 MYT
Pempengaruh dan penerbit kandungan, Ubai tidak dapat menahan sebak apabila ibunya, Rohani Jamal sempat memberi pesanan terakhir yang menyentuh hatinya sebelum ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin.
Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zukefli, 25, memberitahu ibunya berpesan agar majlis perkahwinannya dengan tunang yang juga seorang penyanyi, Shila Amzah pada Ogos depan diteruskan seperti biasa walau apa pun terjadi.
“Ibu ditidurkan bagi mengurangkan rasa sakit yang ditanggung. Semalam sebelum dia ditidurkan dia pesan suruh saya menjaga diri dan jaga adik dengan baik.
“Malah ibu pesan lagi apa pun jadi pada dia…Dia mahu majlis perkahwinan kami diteruskan seperti yang dirancang. Saya sedih dan menangis bila dia berkata begitu.
“Saya paling rapat dengan ibu, jadi kami banyak berkongsi cerita bersama. Lagipun dia orang paling teruja dan gembira bila dapat tahu saya dan Shila hendak berkahwin,” katanya kepada Astro Gempak.
Ubai berkongsi perkara berkenaan kepada Astro Gempak ketika berada di hospital menemani ibunya dan menanti apa jua kemungkinan yang akan berlaku kepada tahap kesihatan ibunya yang menghidap kanser ovari tahap tiga.
Dalam pada itu, Ubai tidak menafikan mentalnya kini juga terganggu di antara hendak melakukan persiapan perkahwinannya dengan menjaga ibunya di hospital setiap hari.
“Boleh katakan setiap hari saya menangis. Melihat keadaan ibu lagi sebegitu. Saya menjenguknya di hospital setiap hari dan bergilir -gilir jaga dengan ayah.
“Mental saya juga terganggu…saya jadi ‘lost’…majlis pun semakin dekat dan lihat lagi keadaan ibu begini.
“Saya harap ibu kuat dan dapat melawan penyakit ini. Doktor juga beritahu akan lakukan yang terbaik untuk kesihatan ibu,” ujarnya.
Ibu Ubai mula dimasukkan ke PPUM selepas mengalami pendarahan pada bahagian rahim sejak 8 Julai lalu.
Terdahulu, ibunya sudah pun menjalani pembedahan membuang ovari selepas disahkan menghidap kanser di organ berkenaan pada Januari lalu.
Ubai dan Shila mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Ogos ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Baru Bergelar Isteri Semula, Kiah Propa Diuji Kanser Suami Sudah Merebak - “Operation Tak Boleh Dibuat Disebabkan…”

gempak
21/11/2024
07:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa berkata doktor memaklumkan kanser yang menyerang suaminya, Mohamad Nazri Ismail kini sudah merebak di beberapa anggota tubuh badan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar