,
Hiburan

Tyzo Akui Minta Kenaikan Gaji Sebanyak RM500, Tapi Nafi Dakwaan Tak Minat Untuk Terus Bekerja

Izwan Isa
19/01/2024
12:28 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui meminta kenaikan gaji sebanyak RM500 kepada pihak Star Media Radio Group (SMRG) Berhad.
Tyzo dalam satu sesi pertemuan dengan media menjelaskan, dia meminta kenaikan tersebut sebelum tamat kontrak pada Ogos lalu.
Menurut Tyzo, pihak pengurusan tidak bersetuju dengan permintaan tersebut. Namun, kerana mahu terus bekerja, dia tetap menandatangani kontrak berkenaan pada September.
“Sebenarnya, saya cakap terus-terang saya minta naik gaji. Saya minta untuk gaji saya ditambah sebanyak RM500. Tapi, ini lah balasan yang saya dapat.
“Pihak pengurusan tak bersetuju. Tetapi saya tetap tandatangani kontrak pada September lalu.
"Jika saya besar kepala atau diva, saya takkan tandatangani kontrak walaupun syarikat nak naikkan gaji,” katanya.
Dalam pada itu, Tyzo berkata dia masih ingin bekerja sekaligus menafikan kenyataan Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse yang mendakwa dirinya sudah tidak berminat ketika sidang media yang diadakan pada hari sama.
“Saat yang paling sedih untuk saya kerana saya masih nak bekerja. Sangat menyedihkan kerana menyentuh periuk nasi saya. Saya dah dengar khabar angin ini dah lama terutama selepas kemenangan saya di ABP.
"Mereka buat kesimpulan saya tak berminat hanya sebab saya tak 'update' pihak pengurusan, sedangkan sebelum ini seminggu sebelum kontrak tamat barulah mereka akan tanya dan sambung kontrak.
"Tapi, lain pula cerita kali ini? Sebelum ini, kontrak Sharifah Shahirah diperbaharui enam bulan sekali, tapi kenapa bila giliran saya terus buat kesimpulan saya tak berminat?” katanya.
Terdahulu, menerusi kenyataan media, khidmat Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris ditamatkan selepas lapan tahun bersama Suria FM.
Pengurus Besar stesen radio berkenaan, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.
Tyzo pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM

BERITA TRENDING: "Tyzo Macam Adik Saya Sendiri" - DJ Lin

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

gempak
04/09/2024
14:30 MYT
Penyampai radio Tyzo Xander mendedahkan usahawan Lydia Rosli antara individu yang paling risau apabila dia dirawat di hospital pada Selasa.
Hiburan

Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

gempak
04/09/2024
09:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui ingin untuk berkeluarga dan punyai isteri buat menemaninya ketika waktu sukar terutama sakit.
Hiburan

Tyzo Suka Wanita Berusia - "Mereka Lebih Pandai Jaga Diri, Tak Harap Duit Lelaki"

gempak
07/08/2024
00:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander tidak segan silu menyatakan hasratnya untuk memiliki wanita lebih berusia dan pandai berdikari.
Hiburan

Tyzo Masih Berhubung Dengan Lydia Rosli, Kisah Cinta Tak Berbalas Bukan Gimik! - "Dia Orangnya Baik"

gempak
06/08/2024
14:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui hubungan persahabatannya bersama usahawan dan pempengaruh Lydia Rosli masih akrab.
Hiburan

Rezeki Mencurah, Tyzo Xander Dapat Tawaran Empat Stesen Radio

gempak
03/03/2024
06:55 MYT
Alhamdulillah rezeki.