HIBURAN
Sophia Albarakbah Kongsi Foto Ibu Waktu Muda, Netizen Terpegun; - “Ratu Cantik Malaysia 1980-an, Patutlah Lawa!”
Perkongsian yang dilakukan pelakon Sophia Albarakbah yang memaparkan foto-foto ibunya di media sosial berjaya mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Sophia Albarakbah, 31, dilihat melakukan trend dimana dia memuat naik foto ibu bapanya ketika muda.
Bagaimanapun, pelakon drama xx berpendapat bahawa dia tidak mewarisi senyuman ibunya.
“Saya tidak mewaris senyuman dan giginya yang sangat cantik,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
@sophiaalbarakbah Replying to @🆂🅷🅰🅷 I didn’t inherit her beautiful smile and really nice teeth #beautifulmum #missmalaysia ♬ original sound - Oldies - Classic Hits Station - Mostly Oldies
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan ibunya iaitu Marina Wong yang juga merupakan seorang bekas ratu cantik Miss Malaysia pada tahun 1980.
“Patut la si Sophia ni lawa gila maknya pun sangat2 cantik mashaAllah.
“Memang Sophia dan adik-beradik ikut emak patutlah cantik.
“Patut la cantik ikut muka mak rupanya,”komen beberapa netizen.
DIfahamkan, ibunya juga telah meraih tempat kedua bagi pertandingan ratu cantik Miss Malaysia pada tahun 1980.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 300,000 tontonan di aplikasi TikTok.
Must-Watch Video