gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Stor Simpanan Minyak Enjin Terbakar, 5 Premis, 13 Kenderaan Musnah
VIRAL
Peminat Terharu Lihat Kesungguhan ALPHA Berlatih Hingga Lewat Malam - “Harap Mereka Tidak…”
HIBURAN
“We Are Back!” - Selesai Photoshoot, Peminat Tak Sabar Tunggu Pengumuman Konsert Elite Pula!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Tulis Bulu Kambing Biri Biri, Rupanya Jual Topi & Jaket Bulu Kucing

gempak
Maliah Surip
21/06/2025
12:25 MYT
Sponsor Banner
Tulis Bulu Kambing Biri Biri, Rupanya Jual Topi & Jaket Bulu Kucing
Sebuah kedai menjual pakaian di Victoria, Melbourne, Australia mengejutkan masyarakat apabila didapati menjual jaket dan topi jenis beanies dengan menggunakan bulu kucing.
Perbuatan tidak berperi kemanusiaan itu terbongkar selepas penyiasatan dijalankan oleh pihak Collective Fashion Justice dan Australia's Animal Justice Party apabila mendapati jaket yang dipakai oleh seorang kanak-kanak telah diperbuat daripada bulu kucing. Ironi menerusi label, ditulis diperbuat daripada 100 peratus bulu kambing biri-biri Australia.
Hal itu disahkan forensik selepas menjalankan ujian. Ia dijual oleh jenama Suttons UGG yang mengeluarkan jualan bulu kucing dan bulu arnab untuk pasaran domestik.
Pihak berkaitan kemudian menjalankan pemeriksaan di beberapa kedai lain di kawasan terkenal Melbourne, Queen Victoria dan menemui penjual tidak menyedari pakaian yang dijual diperbuat daripada bulu kucing.
Penemuan tersebut telah membuat aktivis haiwan ikut campur dengan menyeru dan memaksa agar penjualan yang melibatkan bulu kucing diharamkan.
“Kami yakin semua akan terkejut apabila pakaian yang dibeli di jalanan dan kemudian dipakai telah diperbuat daripada bulu kucing sementara kita di rumah menjadikan kucing sebagai haiwan kesayangan,” ujar wakil aktivis haiwan seperti dilaporkan The Independent.
Pihak Suttons UGG yang memiliki rangkaian di Sydney dan Melbourne menerusi kenyataan mengaku label yang diletakkan kepada jaket sebagai satu kesilapan.
Mereka mendakwa telah memaklumkan pihak pengilang bahawa jaket tersebut telah menggunakan bulu khas dan tidak boleh memastikan 100 peratus adakah ia mengandungi bulu kucing.
Kerajaan Australia telah mengharamkan aktiviti import dan eksport bulu kucing serta anjing sejak tahun 2004.
Topic Berkaitan
#Kucing
#Kambing
#Bulu
#Topi
#Biri-Biri
Must-Watch Video