,
Laman Utama

Tular Video ‘Angkut’ Oven, Pengarah Mydin Dedah Ada Yang Bawa Parang & Premis Dirompak

Gempak
23/12/2021
06:20 MYT
Sepotong video yang tular memaparkan aksi beberapa individu membawa keluar barangan daripada premis Mydin sedang menjadi perhatian masyarakat.
Apalagi menerusi video yang tersebar di media sosial tersebut, ada dalam kalangan individu yang memasuki premis tersebut bukan untuk mengambil makanan demi kelangsungan hidup. Sebaliknya ada yang mengambil barangan eletrik seperti oven.
Tindakan tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dengan menyifatkan ia sebagai sebuah tindakan melampau.
Sementara itu, merujuk kepada video yang tular tersebut, Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin mengakui premisnya telah dipecah masuk dengan niat untuk melakukan rompakan.
Malah ada bersenjatakan pisau dan parang selain membawa lari barang bukan keperluan.
Beliau berkata, mereka juga bukan mencuri barang-barang makanan yang boleh dimakan tetapi mengambil barangan elektrik dan pelbagai barangan lain yang berharga seperti jam, peralatan komputer dan sebagainya di tingkat satu kedai berkenaan.
“Melihat barang-barang yang dicuri, mereka menceroboh (kedai) bukan untuk makanan tetapi masuk untuk mencuri,” katanya menganggarkan nilai kecurian antara RM200,000 hingga RM300,000 selepas dinilai kakitangan Mydin, menurut laporan MalaysiaGazette.
Ameer berkata, berdasarkan penelitian ke atas rakaman CCTV, beliau dan pengurusannya mendapati kumpulan lelaki itu telah memecahkan pintu depan menggunakan kayu dan parang sebelum meluru naik ke tingkat satu yang menempatkan barang-barang elektrik.
“Kalau lapar perlu ke bawa pisau dan parang?,” katanya yang sangat kesal dengan insiden itu.
Semalam, Ameer dalam satu kenyataan menghalalkan tindakan individu yang memecah masuk cawangannya di kawasan banjir di Sri Muda, Shah Alam semalam.
Beliau berkata, kemaafan itu berdasarkan niat mangsa banjir memecah masuk kedainya untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan lambat tiba dan bukan sebaliknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Viral

Pantas! Netizen Puji Pasukan Bomba Sampai Ke Lokasi Kebakaran Kurang Dari 10 Minit - “Saya Sangat Kagum Dengan…”

gempak
07/09/2024
02:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan @cymfvlkrum dilaman TikTok dia sangat kagum dengan tindakan pasukan bomba yang tiba dilokasi kebakaran kurang daripada 10 minit.
Viral

Konten Lumba Olymput Dikatakan Tiada Faedah, Abang Siput Tak Sentap - “Kita Buat Pun Santai-Santai Sahaja…”

gempak
04/09/2024
21:55 MYT
Lelaki tular yang kini bergelar pempengaruh,  Muhammad Aswat Azdha Idris atau lebih dikenali sebagai abang siput tidak berkecil hati apabila ada yang melabelkan konten perlumbaan siput sedutnya itu tidak berfaedah.