,
Laman Utama

Tular Budak Ngeri Main Di Balkoni, Ibu Bapa Ditahan Polis

Awani
26/10/2022
04:31 MYT
Ngeri! Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki cuai dalam menjaga anak-anak mereka yang bermain di tepi balkoni secara bahaya di sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak, Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah, kejadian itu dikesan tular di media sosial menerusi video berdurasi 11 saat.
Video tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun dan seorang lagi berusia dua tahun dilihat bermain di belebas tingkap kediaman terbabit, semalam.
"Susulan itu, satu laporan polis dibuat pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).
"Hasil siasatan mendapati ketika kejadian ibu bapa mangsa berada di dalam rumah dan tidak menyedari kejadian berlaku.
"Pasangan itu telah diambil keterangan dan dibenarkan pulang manakala pegawai penyiasat akan melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada pihak pendakwa raya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ashari berkata, jika sabit kesalahan, ibu bapa itu boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Pihak polis juga menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta KanakKanak.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.