HIBURAN
Jurusolek Kongsi Momen Bertemu Azar Azmi Secara Kebetulan - “Dia Cerita Kenapa Hilangkan Diri, Hampir Kami Menangis”
Jurusolek yang dikenali sebagai Elle Rahman berkongsi detik pertemuannya dengan pelakon Azar Azmi yang setelah sekian lama tidak berjumpa.
Kongsi kisah hidup
Turut berkongsi foto bersama di TikTok, Elle memberitahu pertemuaan itu berlaku secara kebetulan di sebuah lokasi percutian.
“Masa saya tengah bercuti, tengah kopi-kopi kat swimming pool. Ada manusia pelik dari belakang. Eh siapa ni. Lama nak cam dia. Menjerit saya rupa-rupanya Azar Azmi.
“Lamanya dia menghilang. Kita pegang tangan sama-sama, menceritakan kisah hidup masing-masing. Dia cerita kenapa dia hilangkan diri. Hampir kita orang menangis,” kongsinya.
Luah rasa rindu
Pada perkongsian yang sama, Elle turut mengucapkan terima kasih kepada Azar yang terbuka hati dan mempercayainya untuk bercerita kisah hidupnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Makin Cantik! Peminat Teruja Lihat Penampilan Azar Azmi Berhijab - “Bila Dia Nak Comeback?”
ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Rasa Serba Salah Sangat" - 2 Jam Hafreez Adam Tunggu Azar Azmi Lambat Bangun Tidur
“Terima kasih Azar cerita semua dekat saya. Awak percayakan saya. Rindunya. Kat KL tak jumpa, jauhnya kita terjumpa. Janji, sahabat selamanya,” ujarnya.
Gosip tak benar
Dalam perkongsian lain juga, Elle turut mendedahkan Azar ada berkongsi punca sebenar apa yang terjadi selama aktres itu menghilagkan diri dari industri seni.
Malah, Elle turut menegaskan segala dakwaan atau khabar angin mengenai aktres itu juga tidak benar.
“Azar meluahkan apa yang terjadi selama dia menghilangkan diri. Buat peminat-peminat Azar Azmi. Jangan risau, dia sihat. Fasal gosip-gosip tentang dia, semuanya tak betul.
“Azar Azmi. Terima kasih jadi kawan saya. Tunggu masa yang sesuai kami nak lepak. Tempat, di mana dan masa, terpaksa dirahsiakan atas permintaan dia,” katanya.
Must-Watch Video